web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPT Bangunkan Tindakan Martabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 3:20PM

Mohammad Yusof Apdal - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membangunkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu (PTMBM) 2023-2030 di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Timbalan menteri berkenaan Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata pelan tindakan itu adalah inisiatif kementerian untuk memartabatkan bahasa Melayu di IPTA.

“KPT sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap segala usaha dan inisiatif yang dijalankan di pelbagai peringkat dalam memartabatkan bahasa Melayu terutamanya di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan usaha ini tidak terhad kepada penguatkuasaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32).

“Di bawah PTMBM ini empat objektif utama yang digariskan adalah membudayakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, menghasilkan graduan yang berketerampilan dalam bahasa Melayu, merealisasikan bahasa Melayu sebagai wadah pembangunan negara dan memperkukuh peranan bahasa Melayu sebagai sumber rujukan setanding dengan bahasa asing,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang ingin tahu sejauh mana KPT bersetuju menguatkuasakan Akta Bahasa Kebangsaan di IPT terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, Mohammad Yusof berkata pengiktirafan terhadap ahli akademik yang memberikan sumbangan berimpak tinggi dalam memartabat bahasa Melayu turut diberikan di peringkat kementerian.

“Ini termasuklah pemberian Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu bermula tahun 2012, dalam mengangkat usaha memartabat bahasa Melayu di peringkat pendidikan tinggi,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad