Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dasar, Rang Undang-Undang Dalam Usaha Menyahjenayah Cubaan Bunuh Diri Bakal Dimuktamad

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 12:18PM

Ramkarpal Singh - Gambar oleh Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang memuktamadkan ketetapan dasar dan beberapa rang undang-undang dalam usaha menyahjenayah kesalahan percubaan membunuh diri. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata perkara ini susulan kajian dijalankan oleh Jabatan Peguam Negara berkaitan kesalahan percubaan membunuh diri di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan cadangan pemansuhannya. 

Beliau berkata kajian itu telah meneliti pendekatan yang diambil di beberapa negara bagi menilai justifikasi dan implikasi pelaksanaannya dari segi perundangan.

Ramkarpal berkata pihaknya menjangkakan rang undang-undang itu akan dibentang dalam persidangan kali ini. - Gambar hiasan
Ramkarpal berkata pihaknya menjangkakan rang undang-undang itu akan dibentang dalam persidangan kali ini. - Gambar hiasan

"Sejak Disember 2022, saya telah mempengerusikan 10 sesi libat urus dan pihak berkepentingan termasuk agensi-agensi kerajaan, Ahli-Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Kementerian Dalam Negeri di Singapura bagi meneliti dan menyelesaikan kesemua perkara perundangan yang berbangkit dalam usaha ini. 

"Sebagai langkah seterusnya, satu Memorandum Jemaah Menteri berkenaan usaha ini akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk kelulusan dan kesemua rang undang-undang berkenaan akan dibentang di Parlimen untuk perbahasan dan kelulusan," katanya pada sesi soal jawab hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) mengenai perkembangan pengumuman kerajaan untuk meminda Seksyen 309 Kanun Keseksaan untuk menyahjenayah percubaan membunuh diri bagi menangani isu peningkatan cubaan bunuh diri.

Ramkarpal berkata pihaknya menjangkakan rang undang-undang itu akan dibentang dalam persidangan kali ini.

Beliau berkata isu cubaan membunuh diri ini perlu dikendalikan sebagai isu kesihatan awam dan bukannya sebagai satu kesalahan jenayah memandangkan kajian menunjukkan individu yang mengalami kemurungan mempunyai risiko 20 kali ganda tingkah laku bunuh diri dan mengalami kematian akibat bunuh diri.

"Pendekatan ini juga adalah selaras dengan kedudukan antarabangsa iaitu menurut Pengelasan Penyakit Antarabangsa (ICD) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), percubaan bunuh diri diklasifikasikan sebagai satu penyakit dan dikodkan sebagai ICD 11 - MB23.R.

"Percubaan bunuh diri iaitu seperti keterangannya adalah satu episod tingkah laku mencederakan diri yang dilakukan dengan niat yang penuh kesedaran untuk mengakhiri nyawa individu itu sendiri," katanya.

Ramkarpal berkata individu yang cuba membunuh diri perlu dibawa ke hospital bagi mendapatkan penilaian lanjut dan diberi rawatan sewajarnya dan tidak seharusnya disabit dengan jenayah kerana mereka berada dalam keadaan mental yang tidak stabil. - Bernama

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

Semasa 22 jam yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad