web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan Mahu Lebih Banyak Pihak Beri Input - Fadillah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 7:00AM

Fadillah Yusof - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara mencadangkan supaya lebih banyak pihak dilibatkan dalam memberikan input berkaitan sekuriti makanan dalam negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini, beliau berkata ini termasuk kerjasama antara agensi kerajaan, ahli akademik, penyelidik dan pemain industri.

“Satu lagi fokus yang dipersetujui ialah soal makanan haiwan serta bijiran yang menjadi semakin payah serta mahal ekoran konflik Rusia-Ukraine dan untuk ditanam dalam negara, bagaimana ia dapat dilaksanakan.

“Contohnya dalam industri penanaman jagung, siapa boleh terlibat dalam menghasilkan bijirin itu,” katanya sambil menambah hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

Kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang dikeluarkan susulan mesyuarat itu memaklumkan skop serta tugas utama jawatankuasa berkenaan adalah bagi mencadangkan hala tuju sekuriti makanan, mengemukakan cadangan, mengenal pasti isu dan cabaran dasar, strategi serta pelan tindakan kerajaan untuk menangani isu sekuriti makanan negara. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Hari Gawai: Lambang Perpaduan Rakyat Sarawak, Contoh Keharmonian Malaysia - Fadillah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Media Beretika Tonggak Demokrasi, Perpaduan Negara - Fadillah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Peranan Ibu Semakin Mencabar, Krisis Global Beri Kesan Kepada Keluarga - Fadillah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad