web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vaksin COVID-19: Berhenti Selindung Di Sebalik NDA, Dedah Kerugian Ditanggung Kerajaan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 9:00PM

Dr Zaliha bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kerugian yang ditanggung kerajaan disebabkan terikat dengan NDA. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh (PH) menzahirkan kekecewaan beliau terhadap keengganan Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan butiran kerugian ditanggung kerajaan akibat vaksin COVID-19 yang sudah luput.

Menggesa ketelusan yang lebih tinggi, mantan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu juga menuduh KKM berselindung di sebalik perjanjian tanpa mendedahkan (NDA) yang ditandatangani dengan pengeluar vaksin.

Ini selepas beliau menerima jawapan bertulis di Parlimen daripada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa semalam yang menyatakan sebanyak 2.8 juta dos vaksin pelbagai jenama sudah luput.

Dr Zaliha bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kerugian yang ditanggung kerajaan disebabkan terikat dengan NDA.

“Saya ingin memaklumkan kepada menteri bahawa saya terkilan dengan jawapan yang diberikan.

“Setiap kali kita menyentuh mengenai kos dan perolehan vaksin, jawapannya juga mengenai NDA, yang sentiasa digunakan sebagai perisai oleh kementerian untuk melindungi dirinya daripada memberikan angka sebenar,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 untuk KKM di peringkat jawatankuasa di sini, hari ini.

Kah Woh menegaskan semasa berada dalam PAC, beliau turut membaca NDA, dan memaklumkan perjanjian itu hanya menetapkan bahawa kos vaksin setiap dos individu akan kekal sebagai rahsia.

“Menambahkan semua pelbagai jenama vaksin dalam satu jumlah sekaligus tidak akan menjejaskan apa yang termasuk dalam NDA,” katanya.

Justeru, beliau berharap Dr Zaliha akan memberikan butiran lengkap mengenai jumlah kerugian akibat vaksin COVID-19 yang sudah tamat tempoh semasa ucapan penggulungannya hari ini.

Menerusi jawapan bertulisnya, Dr Zaliha berkata, kira-kira 2,796,638 dos vaksin pelbagai jenama yang disimpan di fasiliti KKM dan gudang simpanan sudah luput setakat 28 Februari lalu.

Katanya, angka itu merangkumi 3.27 peratus daripada jumlah keseluruhan vaksin yang diterima kerajaan termasuk sumbangan daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tidak dapat mendedahkan butiran khusus kerana ia terikat dengan NDA. – The Vibes, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad