web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Stesen Komuter Mesti Dilengkapi Lif, Fasa Pertama Fokus Stesen Besar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 8:00PM

Sasaran tersebut diberikan kepada RAC supaya mempercepat proses menyediakan lif di stesen yang masih belum dilengkapi kemudahan berkenaan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Stesen komuter mesti dilengkapi kemudahan lif dalam masa setahun dengan fokus pada fasa pertama adalah terhadap stesen besar yang belum dilengkapi kemudahan itu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata sasaran tersebut diberikan kepada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) supaya mempercepat proses menyediakan lif di stesen yang masih belum dilengkapi kemudahan berkenaan.

Katanya ini berikutan rungutan yang sering diterima menyatakan ketiadaan lif di stesen komuter yang menyusahkan pengguna terutama golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan wanita mengandung.

"Pada stesen yang belum ada lif, kita berharap semua stesen komuter akan ada lif dalam masa setahun," katanya dalam majlis pelancaran aplikasi mudah alih Railway Assets Intelligence System (RAILS) yang dibangunkan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) di sini hari ini.

Loke berkata RAC juga telah diarahkan membuat laporan audit bersama Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) untuk dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dengan kadar segera bagi mengenal pasti stesen yang perlu diberi keutamaan dalam penyediaan kemudahan itu.

"Buat audit dan bentang laporan, mana stesen yang memerlukan perlu diberi keutamaan. Audit patut siap dalam kadar segera, dalam tempoh sebulan mesti dibentangkan kepada pihak kementerian,” katanya.

Beliau berkata RAC, agensi yang menjaga aset keretapi termasuk tanah di sepanjang landasan dan mengurus tanah untuk pembangunan komersial, mempunyai kemampuan serta pendapatan untuk menyediakan kemudahan di stesen kerana memperoleh hasil daripada penyewaan.

Sementara itu, Loke berkata aplikasi RAILS menawarkan kemudahan permohonan sewaan aset kereta api secara dalam talian bagi memudahkan orang ramai menjadi rakan niaga RAC.

Kira-kira 1,300 penyewa dijangka menggunakan perkhidmatan RAILS dalam melakukan urus niaga dengan RAC, sekali gus dapat menamatkan masalah ejen pemungut serta kerenah birokrasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad