web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Siti Nuramira: Mahkamah Tangguh Bicara Selepas Tertuduh Dimasukkan Ke Hospital

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 1:54PM

Siti Nuramira mengalami virus gastroenteritis, menyebabkannya berdepan beberapa gejala, termasuk demam, muntah dan sakit perut. - Gambar fail oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan wanita yang membuat persembahan di Kelab Komedi Crackhouse dan dituduh menghina Islam baru-baru ini, Siti Nuramira Abdullah, ditangguhkan selepas dia dimasukkan ke hospital.

Peguam Siti Nuramira, R Sivaraj memberitahu Hakim Nor Hasniah Ab Razak bahawa defendan mengalami virus gastroenteritis, menyebabkannya berdepan beberapa gejala, termasuk demam, muntah dan sakit perut.

Beliau menyerahkan sijil cuti sakit (MC) sehari diterima wanita itu dari pegawai perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Namun, selepas diperiksa, Nor Hasniah mendapati tiada maklumat dalam MC yang menunjukkan kemasukan Siti Nuramira ke hospital, sebelum meminta untuk melihat salinan asal.

Susulan arahan itu, seorang penjamin yang hanya dikenali sebagai Kiran, memasuki kamar mahkamah untuk mengemukakan salinan dan ia diterima Nor Hasniah sebagai bukti masalah kesihatan dialami defendan.

Perbicaraan Siti Nuramira bersambung esok.

Siti Nuramira sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencetuskan ketidakharmonian agama, selepas video sketsanya melakukan komedi berdiri menjadi viral.

Dalam paparan video itu, dia mengaku beragama Islam dan menghafal 15 juzuk Al Quran, sebelum menanggalkan tudung dan pakaian luarnya di kelab berkenaan.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan kerana dituduh sengaja menimbulkan perpecahan, niat jahat atau kebencian atas dasar agama.

Seorang saksi, Muhammad Asyraf Kamal Musthaffa, memberitahu mahkamah semalam bahawa Nuramira dan ‘suaminya’ sudah dimaklumkan mengenai peraturan tambahan kelab itu, termasuk mengelakkan topik sensitif dan elemen 3R (kaum, agama, dan royalti) ketika membuat persembahan.

Memaklumkan bahawa persembahan seumpama itu tidak pernah dilihat sebelum ini, Asyraf yang menjadi hos ketika kejadian berkata, ia tidak mewakili pertunjukan Kelab Komedi Crackhouse. - The Vibes, 21 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad