web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bilangan Projek PPR Di Sabah Adalah Terbesar Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 5:40PM

Daripada jumlah itu 34 projek PPR yang melibatkan 23,509 unit telah siap dibina, manakala empat projek lagi melibatkan 2,590 unit masih dalam pembinaan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bilangan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) dilancarkan di Sabah adalah yang terbesar di seluruh negara, membabitkan 38 projek yang merangkumi penyediaan 26,099 unit rumah, menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Daripada jumlah itu 34 projek PPR yang melibatkan 23,509 unit telah siap dibina, manakala empat projek PPR lagi melibatkan 2,590 unit masih dalam pembinaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPKT berkata PPR Batu Putih, Sandakan yang melibatkan 900 unit adalah salah satu projek PPR di Sabah yang sedang dalam proses pengisian.

PPR Batu Putih telah siap dibina dan diserahkan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah pada 28 Nov 2019, namun ia tidak dapat dibuat pengisian lebih awal disebabkan kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan, susulan penggunaannya sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (COVID-19).

"Berdasarkan maklumat terkini dari pihak KKTP Sabah, surat tawaran pengisian kepada pemohon yang berjaya dijangka akan dikeluarkan pada penghujung bulan Mac 2023 dan pengisian fasa pertama PPR ini akan dibuat pada bulan April 2023," kata KPKT. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan