web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Sekolah Terjejas Banjir Di Johor Akan Dibuka Secepat Mungkin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 2:55PM

Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan Sri Nasib Baik (Batu Pahat), Sekolah Kebangsaan Sri Mendapat dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Sembrong (Parit Raja). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiga sekolah yang terjejas akibat banjir di Johor baru-baru ini akan dibuka secepat mungkin selepas kerja pembersihan dilakukan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, keutamaan kementerian itu ketika ini adalah keselamatan murid-murid.

Justeru, katanya, tiga sekolah terbabit iaitu, Sekolah Kebangsaan Sri Nasib Baik (Batu Pahat), Sekolah Kebangsaan Sri Mendapat dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Sembrong (Parit Raja) akan dibersihkan manakala perabot disediakan sepenuhnya sebelum pembukaan sesi persekolahan baharu.

“Tiada tarikh tetap. Itu kena tengok keadaan banjir di sana. Tapi sekolah akan dibuka apabila semua sudah bersedia.

“Bantuan pun sudah disalurkan sebagaimana pengumuman Perdana Menteri tempoh hari. Jadi, kita harap sekolah terbabit akan dibuka secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pembukaan sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) PJS1, di Petaling Jaya, hari ini.

Semalam, Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Md Said Md Daimon berkata, tiga sekolah terbabit masih ditutup kerana terkesan akibat banjir.

“Terbabit banjir, yang bermaksud sekolah itu dinaiki air ataupun laluan ke sekolah itu yang masih dinaiki air,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 40 buah sekolah di daerah ini masih dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir termasuk pelajar sekolah.

Katanya, proses pembersihan sekolah masih lagi berjalan dan pihaknya sedang menyusun jadual sukarelawan yang akan membantu proses itu.

Setakat semalam, masih terdapat dua daerah di Johor yang terjejas akibat banjir iaitu Batu Pahat dan Segamat.

Terdahulu, Hui Ying meninjau hari pertama sesi pembukaan sekolah terbabit yang juga SJKT ke-100 di Selangor.

Menurut beliau, sekolah terbabit yang mempunyai 24 bilik darjah baru sahaja dibuka untuk kemasukan pelajar hari ini.

Walaupun hanya mempunyai 20 murid hari ini, Hui Ying yakin jumlah pelajar akan bertambah pada masa akan datang.

“Sekolah ini masih baharu. Buat masa ini, hanya ada murid Tahun 1, Tahun 2 dan juga pra sekolah. Kita masih menunggu murid lain yang mohon pindah ke sini.

“Kita akan lihat alamat mereka yang tinggal di kawasan sekeliling dan pastikan murid dapat berpindah ke sekolah ini,” katanya. – Getaran, 20 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar