web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Layan Pelbagai Soalan, Ragam Belia Pada Program 'Temu Anwar'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 10:10PM

Anwar beramah mesra dengan peserta yang hadir pada program dialog ‘Temu Anwar’ di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni ribuan anak muda pada program dialog ‘Temu Anwar’ bagi menjawab pelbagai soalan secara santai dan terbuka.

Menerusi program hampir dua jam itu, Anwar menjawab berpuluh-puluh soalan berkaitan isu semasa termasuk peluang pekerjaan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan ekonomi.

Pemimpin nombor satu negara itu turut meluangkan masa melayan ragam peserta yang ingin berswafoto dan ada juga yang tidak ketinggalan menjemput beliau ke rumah terbuka Aidilfitri. 

Antara soalan yang dikemukakan pada sesi itu ialah berkaitan kesukaran memasuki sektor awam dan Perdana Menteri menjelaskan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan membuka peluang pekerjaan sekiranya terdapat kekosongan.

“Kalau kata semua graduan masuk kerja (dalam sektor awam), akan ‘membengkak’ jadinya perkhidmatan awam ni. Saya berikan jawapan yang amat realistik dan tidak semestinya popular tetapi itulah kebenarannya. Bolehkah kita terus tambah (kakitangan) tanpa mengambil kira keperluan dan kekangan kewangan?  

“SPA ni macam syarikat. Kalau dia perlu 400 orang, (maka) 400 orang,” katanya dalam program yang turut disertai Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sebahagian anak muda yang hadir pada program berkenaan.
Sebahagian anak muda yang hadir pada program berkenaan.

Anwar berkata peluang pekerjaan dalam sektor awam akan dapat ditambah sekiranya terdapat keupayaan negara memacu ekonomi.

Beliau berkata oleh itu, kerajaan turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang membuka peluang kepada graduan memasuki sektor swasta dengan berbekalkan kemahiran yang diperoleh daripada program tersebut di samping gaji lebih tinggi. 

Menjawab soalan sama ada perlu diwujudkan peraturan bagi mereka yang menyertai latihan industri diberikan elaun, Perdana Menteri berkata perkara itu perlu dikaji kerana prinsip latihan industri adalah secara sukarela oleh syarikat.

“… tapi saya fikir tak adil bagi syarikat yang berkemampuan tak bayar, sekurang-kurangnya untuk makan serta tambang mereka dan tidak perlu membebankan keluarga.

“Semasa saya pembangkang, saya juga ada program latihan industri dan memang kita bayar sekurang-kurangnya untuk pastikan makan dan tambangnya dibayar untuk meringankan beban,” katanya.

Berhubung isu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, beliau berkata walaupun kerajaan memaklumkan bahawa ia tidak akan dimansuh namun beberapa peruntukan dalam akta itu yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah akan dihapuskan. 

Program dialog anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) itu dikendalikan oleh selebriti Amelia Henderson dan dihadiri lebih 5,000 belia. -  Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad