Berita Terkini

8 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 8 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 8 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 8 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 8 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Penggunaan Kanabis Dalam Perubatan Perlu Kajian Mendalam - PM

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 6:55PM

Anwar ketika menjawab soalan seorang peserta dalam program dialog anak muda ‘Temu Anwar’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu berkaitan kebenaran penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan dalam negara memerlukan penelitian dan perbincangan yang menyeluruh serta mendalam termasuk daripada aspek kawalan penggunaan bahan berkenaan kelak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia mengambil kira jumlah penagih dalam kalangan anak muda termasuk di luar bandar yang semakin meningkat sehingga mencecah ratusan ribu setakat ini.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

“Sabar, kita harus teliti betul-betul, kena ingat sebaik sahaja kita halalkan (kanabis) dengan hujah kuat seperti perubatan dan keperluan, itu nak kawal susah… Saya tidak kata saya ada pandangan keras dalam bidang ini, saya sudah cadang supaya kita buka ruang dan bincang betul-betul implikasinya.

“Bagi orang yang nak cadangkan atau menolak, mari kita lihat secara keseluruhan dulu implikasi dan kemudian ambil keputusan sama ada nak halalkan sebahagian atau terus dengan keadaan sekarang,” katanya ketika menjawab soalan seorang peserta dalam program dialog anak muda ‘Temu Anwar’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. 

 Program dialog anak muda ‘Temu Anwar’ diadakan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini dengan beberapa isu telah disentuh dalam pertemuan antara Anwar dengan anak muda.. 
Program dialog anak muda ‘Temu Anwar’ diadakan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini dengan beberapa isu telah disentuh dalam pertemuan antara Anwar dengan anak muda.. 

Mengulas lanjut, Anwar berkata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay turut memberi gambaran berkaitan permasalahan serius yang sukar ditangani berhubung isu penyalahgunaan dadah dalam keadaan sekarang.

Thailand merupakan negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan. 

Ogos lepas, Menteri Kesihatan ketika itu Khairy Jamaluddin dalam lawatan kerja ke Thailand, turut meninjau potensi penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan selain melihat kerangka undang-undang yang berkaitan dengannya.

Sementara itu, menjawab soalan peserta sama ada terdapat sebarang rancangan untuk memecah monopoli Touch 'n Go dalam sistem pengangkutan dan jalan raya negara, Anwar berkata perkara tersebut mungkin dipertimbang semula.

“Touch 'n Go telah beroperasi selama lebih dua dekad, belum ada perkembangan atau kemajuan yang meyakinkan dalam sistem ini… saya rasa anda betul, kita perlu mempertimbang semula perkara ini,” katanya. 

Program dialog anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) tersebut dikendalikan oleh selebriti Amelia Henderson dan dihadiri lebih 5,000 anak muda yang berpeluang bertanyakan pelbagai soalan kepada pemimpin nombor satu negara itu. - Bernama

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Nak Untung RM200,000, Wanita Hilang Wang Simpanan RM37,000

Semasa 6 jam yang lalu

4,000 Mahasiswa Terima Manfaat, Hampir Semua Kafeteria UMT Laksana Menu Rahmah

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Perinci Kelemahan, Mekanisme Tangani Masalah MLFF, Elak Pengguna Jadi Mangsa Teknologi

oleh Aiman Sadiq