web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Petisyen Batalkan Kemenangan, Hadi Awang Hadir Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 3:41PM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang hadir memberi keterangan berhubung petisyen difailkan UMNO di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Petisyen tersebut adalah bagi membatalkan kemenangan beliau di Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu.

Beliau yang juga saksi ketiga pihak responden tiba di mahkamah sekitar jam 9 pagi tadi.

Menurut Harian Metro, Abdul Hadi memberi keterangan selama lebih satu jam di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya.

Ahli Parlimen Marang itu ketika ditemui di perkarangan kompleks mahkamah dipetik sebagai berkata, perhicaraan tersebut setakat ini berjalan lancar dan beliau turut menjawab semua soalan.

“Biasa sahaja, saya jawab semua soalan peguam kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau juga mendakwa, petisyen difailkan itu tidak membabitkan kesalahan undang-undang PRU, sebaliknya hanya sekadar perang saraf oleh UMNO apabila gagal menguasai Terengganu.

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

Peguam Abdul Hadi, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu, ketiga-tiga saksi sudah dipanggil pihak responden dan anak guamnya adalah saksi terakhir.

“Sekarang kita tunggu pempetisyen menyelesaikan memanggil saksi bagi pihak mereka.

“Mereka kemukakan saksi dan kita berhujah selepas itu,” katanya.

Perbicaraan petisyen itu yang bermula 6 Mac lalu akan berakhir Selasa depan.

Abdul Hadi sebelum ini mengemukakan bantahan awal untuk membatalkan petisyen keputusan PRU-15 bagi Parlimen Marang yang difailkan calon Barisan Nasional (BN).

Bantahan awal itu bagaimanapun ditolak Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 12 Februari lalu. - Getaran, 19 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad