web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penamatan PLKS 3 Sektor: Kementerian Sumber Manusia Cuba Selesaikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 2:24PM

Menurut Pekeliling JIM bertarikh 28 Februari lepas, majikan subsektor kedai tekstil, kedai gunting dan kedai emas tidak lagi dibenarkan memperbaharui permit PLKS untuk pekerja mereka berkuat kuasa 15 Mac ini. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kementerian Sumber Manusia sedang cuba menyelesaikan masalah penamatan perkhidmatan pekerja asing yang menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk gedung tekstil, kedai gunting rambut dan kedai emas.

Menterinya V. Sivakumar berkata beliau telah mengadakan perbincangan dan mengemukakan permohonan mengenai perkara tersebut dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub minggu lepas.

"Sejak Januari lepas, beberapa organisasi serta pertubuhan perniagaan yang terlibat  (gedung tekstil, kedai gunting rambut dan kedai emas) bertemu dengan saya dan meminta supaya penamatan pekerja asing yang dibekukan dapat dibuka semula.

"Oleh itu, saya berharap satu pertimbangan dan keputusan yang positif akan dibuat dengan segera setelah saya kemukakan permohonan tersebut kepada kedua-dua menteri berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 2nd International Tamil Classical Music Conference 2023 di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai arahan dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berhubung perkhidmatan pekerja asing menggunakan PLKS di ketiga-tiga sektor berkenaan ditamatkan secara berperingkat.

Menurut Pekeliling JIM bertarikh 28 Februari lepas, majikan subsektor kedai tekstil, kedai gunting dan kedai emas tidak lagi dibenarkan memperbaharui permit PLKS untuk pekerja mereka berkuat kuasa 15 Mac, namun surat pekeliling itu tidak memperincikan sebab di sebalik penamatan itu.

Pengusaha perniagaan terbabit meminta supaya kerajaan menarik balik arahan itu yang dikatakan memberi impak kepada kelangsungan perniagaan mereka.

Dianggarkan ketiga-tiga subsektor tersebut memerlukan 15,000 pekerja asing bagi memastikan kelancarannya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar