web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPKT Belanja RM50 Juta Tukar Lif Usang, Daif Di PPR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 1:21PM

KPKT memperuntukkan RM50 juta untuk menukar lif usang dan daif di PPR seluruh negara demi keselesaan penduduknya. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membelanjakan RM50 juta khusus bagi menukar lif usang dan daif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara.

Menterinya Nga Kor Ming berkata langkah tersebut diambil supaya PPR terlibat lebih berdaya huni dan demi keselesaan penduduknya.

“Sebagai permulaan 100 lif usang disasarkan untuk ditukar setiap tahun. Jadi dalam tempoh lima tahun (satu penggal) 500 lif baharu akan ditukar yang memberi manfaat kepada 500,000 penduduk di PPR.

"Kita bukan sahaja akan menukar lif baharu malah mengindahkan ruang lif supaya apabila penduduk balik mereka rasa selesa kerana lampu terang, suasana kondusif, lif lebih efisien dan keselamatan sentiasa dipantau," katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pasar Tok Kenali di Binjai yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob, di sini hari ini.

Nga berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang mendapati lebih 12.3 peratus kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 17 tahun di PPR di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan cenderung untuk membunuh diri.

Mengulas lanjut, Nga berkata KPKT juga akan membelanjakan RM90.4 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan PPR serta rumah kos awam supaya lebih berdaya huni.

"Oleh itu, beri lima tahun kepada kerajaan ini kerana kestabilan politik sangat penting supaya segala yang dirancang dapat dilaksanakan.

“Jika tidak segala rancangan tidak dapat dilaksanakan biarpun sudah ada peruntukan akibat pergolakan politik," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi