web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesyuarat Perwakilan UMNO Lahad Datu Kecoh, Individu Bertumbuk Di Pentas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 10:16PM

Tular video yang memaparkan kekecohan di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu hari ini. - Tangkap layar dari Twitter @bharianmy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suasana Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu hari ini bertukar kecoh, selepas berlaku pergaduhan antara beberapa individu di atas pentas Dewan Sri Perdana di situ.

Menerusi laporan BH, difahamkan, pergaduhan itu berpunca akibat provokasi penyokong calon bertanding.

Rakaman klip video pergaduhan berdurasi 1 minit 19 saat itu kemudian tular di media sosial dan mengejutkan warganet.

Menerusi rakaman itu, kelihatan seorang lelaki secara tiba-tiba meluru dan menendang individu lain sebelum keadaan mula bertukar kecoh.

Beberapa individu yang berada di atas pentas kemudian saling memukul dan menumbuk muka, sebelum keadaan itu cuba dileraikan individu lain.

Ia berlaku ketika Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Mejar (B) Khalid Harun sedang berucap di atas pentas sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad, ketika dihubungi BH mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kekecohan bermotif provokasi hingga menimbulkan pergaduhan. Polis dapat mengawal keadaan dan menghentikan perhimpunan berkenaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya. - Getaran, 18 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 6 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad