web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek ECRL Rekod 10 Juta Jam Bekerja Tanpa Kemalangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 7:36PM

ECRL telah melancarkan kempen keselamatan yang pertama pada Mac 2021 dan sedang giat menjalankan penambahbaikan progresif terhadap sistem pengurusan keselamatan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatat rekod pencapaian bekerja 10 juta jam tanpa kemalangan (LTI).

Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, pencapaian itu sejajar dengan usaha mengutamakan keselamatan dan kesihatan tenaga kerja projek terbabit.

Menurut beliau, pencapaian tersebut direkodkan pada hujung Februari lalu, berasaskan pelaksanaan bekerja secara selamat 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

“Ia membabitkan kerjasama yang efektif di setiap peringkat projek di antara MRL sebagai pemilik projek ECRL dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) sebagai kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan projek (EPCC),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan sempena perasmian Kempen Keselamatan dan Kesihatan ECRL 2023 di projek casting yard Seksyen 4, Dungun, hari ini.

ECRL telah melancarkan kempen keselamatan yang pertama pada Mac 2021 dan sedang giat menjalankan penambahbaikan progresif terhadap sistem pengurusan keselamatan. 

Mengulas lanjut, Darwis berkata, pelancaran kempen itu bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang keselamatan, mengenal pasti potensi bahaya dan meningkatkan keyakinan pekerja.

“Kempen itu juga sejajar dengan pembinaan pesat dan peningkatan bilangan sehingga 350 tapak kerja utama sepanjang 665 kilometer jajaran ECRL pada masa ini,” katanya. 

Pusat latihan keselamatan tersebut dilengkapi dengan teknologi realiti maya (VR) yang membolehkan simulasi hampir 100 situasi berpotensi berbahaya di tapak pembinaan dilaksanakan dengan lebih praktikal serta menjimatkan masa. - Gambar Bernama
Pusat latihan keselamatan tersebut dilengkapi dengan teknologi realiti maya (VR) yang membolehkan simulasi hampir 100 situasi berpotensi berbahaya di tapak pembinaan dilaksanakan dengan lebih praktikal serta menjimatkan masa. - Gambar Bernama

Dalam pada itu, Darwis berkata, pencapaian tersebut turut disumbangkan oleh komitmen MRL mewujudkan tiga pusat latihan keselamatan dalaman, iaitu di Kemaman, Maran dan Bentong, Pahang.

Katanya, pusat latihan keselamatan tersebut dilengkapi dengan teknologi realiti maya (VR) yang membolehkan simulasi hampir 100 situasi berpotensi berbahaya di tapak pembinaan dilaksanakan dengan lebih praktikal serta menjimatkan masa.

“Antara simulasi yang boleh dilakukan menggunakan teknologi VR ialah pemindahan dari terowong, kejutan elektrik, ujian asas topi keledar keselamatan dan penolakan penahan dinding.

“Setakat ini, lebih 1,000 kakitangan (ECRL) terlibat dalam simulasi dan latihan ketangkasan reaktif di pusat latihan keselamatan berkenaan,” katanya. 

Sementara itu, menerusi kenyataan sama, Pengarah Urusan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL), Kong Qi berkata, kakitangannya dapat merasai situasi berbahaya tanpa berhadapan dengan kecederaan dengan adanya simulasi VR lebih realistik. 

Jelas beliau, pihaknya yang juga kontraktor utama projek tersebut mendapat manfaat daripada pembelajaran yang menarik dan lebih interaktif.

“Pendekatan ini terbukti berkesan dengan pencapaian matlamat sifar LTI. Bagi pihak CCC-ECRL, kami ingin merakamkan penghargaan kepada MRL atas kepercayaan dan sokongan mereka.

“Kempen Keselamatan dan Kesihatan ECRL adalah komitmen berterusan kami dalam mengekalkan amalan tersebut untuk jangka masa panjang,” katanya. - Getaran, 18 Mac 2023


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad