web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sultan Sharafuddin Berkenan Tukar Nama Taman Warisan Negeri Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 9:04PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hutan Simpan Taman Warisan Negeri Selangor akan dinamakan semula sebagai Hutan Warisan Diraja Negeri Selangor (Royal Selangor Heritage Forest).

Penukaran nama tersebut yang akan dilancarkan secara rasmi Ogos depan telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada masa sama, baginda bertitah agar kawasan hutan simpan kekal di Selangor yang berkeluasan 108,000 hektar itu terus dipelihara.

Sultan Sharafuddin turut mencadangkan supaya kerajaan negeri melanjutkan tempoh dasar pembalakan pemantauan, yang kini ditetapkan selama 25 tahun.

“Langkah itu untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan di dalam hutan simpan kekal sejak 2009.

“Ini termasuk penguatkuasaan yang lebih berkesan bagi mengelak pencerobohan hutan daripada berlaku,” menurut kenyataan dikongsi Facebook Selangor Royal Office, hari ini.

Sementara itu, baginda menitahkan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang memiliki ijazah dalam Ekologi dan Biologi Alam Sekitar, untuk memantau rapat usaha mengekalkan persekitaran hijau di Selangor dengan sasaran penanaman tidak kurang 11 juta pokok menjelang 2026.

Sultan Sharafuddin turut berpandangan bahawa kerjasama antara Jabatan Perhutanan dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam usaha konservasi serta kajian berterusan, akan membolehkan kawasan hutan simpan kekal itu dimanfaatkan ke arah memelihara warisan geologi, budaya dan biologi sebagai Geopark Kebangsaan yang ketujuh di Malaysia.

Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) yang baharu, Azhar Ahmad di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Turut berkenan berangkat Tengku Amir Shah.

Pada pertemuan itu, Sultan Selangor disembah maklum mengenai perkembangan terkini usaha pembangunan dan penggazetan kawasan rizab hutan simpan Taman Warisan Negeri Selangor menerusi Pelan Induk 2023-2032. - Getaran, 17 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad