web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Arah Jentera Kementerian Bantu Misi Pascabanjir Di Johor, RM150 Juta Peruntukan Tambahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 3:22PM

Keadaan Bandar Kota Tinggi yang dilanda banjir baru-baru ini. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jentera kementerian membantu misi pascabanjir di Johor dengan RM150 juta peruntukan tambahan telah disegerakan oleh Kementerian Kewangan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata perkara berkenaan dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannnya hari ini khusus membincangkan usaha untuk membantu mangsa banjir di negeri tersebut.

“Kabinet beri ini (isu banjir) keutamaan dan putuskan semua jentera kementerian libatkan diri dalam program dan projek pascabanjir (di Johor),” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Anwar berkata secara keseluruhan, mangsa banjir di Johor yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah 82,831 orang, dan seramai 26,879 mangsa masih berada di 102 PPS.

Beliau menyeru badan bukan kerajaan (NGO), pihak universiti dan sukarelawan supaya turun dalam tempoh singkat ini untuk membantu keluarga dan mangsa pascabanjir kerana beban sangat besar untuk dikendalikan oleh jentera di Johor.

Anwar berkata beliau juga telah menghubungi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari supaya turut sama menyalurkan sukarelawan untuk membantu misi pascabanjir di Johor.

“Sekarang pascabanjir perlu sukarelawan ramai dan keperluan asas lain dan kemudahan seperti ‘water jet’. Semua (peralatan ini) akan ditambah oleh kerajaan,” kata beliau.

Semalam, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berharap kerajaan Persekutuan akan menyalurkan peruntukan khas kepada negeri itu bagi membaiki infrastruktur awam yang rosak dan harta benda yang musnah akibat banjir.

Baginda bertitah hingga hari ini, masih terdapat banyak kawasan yang belum pulih sepenuhnya terutama di Batu Pahat, sejak negeri itu dilanda banjir pada 28 Februari lepas.

Sementara itu, Anwar berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah ke Johor bagi mengenal pasti projek tertentu berkaitan banjir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 3 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad