web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KLIA Jatuh 5 Tangga, Duduki Ranking 67 Lapangan Terbang Terbaik Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 7:15PM

KLIA menduduki ranking ke-67 tahun ini, berbanding tempat ke-62 tahun lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jatuh lima anak tangga dalam senarai 100 Lapangan Terbang Terbaik Dunia yang dikeluarkan Skytrax bagi tahun 2023.

Pintu masuk antarabangsa utama negara yang terletak di Sepang, Selangor itu menduduki ranking ke-67 tahun ini, berbanding tempat ke-62 tahun lalu.

Sementara itu, Lapangan Terbang Changi Singapura mengungguli kedudukan teratas, naik dua anak tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, Qatar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda (Tokyo) pula masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dalam senarai dikeluarkan Skytrax.

Kedua-dua lapangan terbang antarabangsa itu masing-masing jatuh satu dan dua anak tangga berbanding ranking tahun lalu.

Pada 2022, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, Qatar menduduki tangga pertama, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda (Tokyo) pula di tempat kedua.

Dalam pada itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (Seoul) naik satu anak tangga berbanding tahun lalu dengan menduduki tempat keempat tahun ini.

Menurut laman sesawang https://www.worldairportawards.com/, kedudukan itu ditentukan berdasarkan undian oleh pengembara udara dalam Tinjauan Lapangan Terbang Dunia Skytrax.

Pada November lalu, KLIA mengekalkan kedudukannya sebagai lapangan terbang terbaik dunia dengan mencatatkan skor penuh 5.00 dalam kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) pada suku ketiga (S3 2022).

Tinjauan dijalankan Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) itu juga meletakkan KLIA sebagai antara lapangan terbang terbaik dunia pada suku kedua tahun lalu (S2 2022).

Skytrax adalah sebuah organisasi penarafan pengangkutan udara antarabangsa yang berpangkalan di London.

Baru-baru ini, perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di KLIA berdepan masalah apabila dihentikan sementara atas faktor keselamatan, susulan insiden membabitkan aerotrain terkandas.

Dalam insiden itu, sebuah aerotrain terhenti secara tiba-tiba di atas landasan dan sebuah lagi aerotrain yang sepatutnya digunakan bagi membantu membawa penumpang, turut mengalami masalah teknikal.

Insiden itu menyebabkan kesemua 114 penumpang terpaksa berjalan kaki sejauh 400 meter ke terminal satelit.

Ia insiden kedua penumpang terpaksa berjalan di atas landasan disebabkan masalah teknikal tren berkenaan, sejak mula beroperasi 25 tahun lepas. - Getaran, 16 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Tembak Di KLIA: 'Sila Serah Diri Secara Aman' - Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Puluhan Ribu Penumpang Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Mulai Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam