web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sultan Ibrahim Kecewa Orang Asli Ceroboh Hutan Simpan Kerajaan Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 7:02PM

Sultan Ibrahim bertitah, perbuatan itu adalah salah dan masyarakat berkenaan juga tidak terkecuali daripada undang-undang terbabit. - Gambar fail daripada Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengingatkan masyarakat Orang Asli bahawa mereka wajib mematuhi undang-undang walaupun kedudukan golongan itu dilindungi Perlembagaan, dengan tidak melakukan pencerobohan hutan.

Baginda bertitah, perbuatan itu adalah salah dan masyarakat berkenaan juga tidak terkecuali daripada undang-undang terbabit.

Titahnya, sejak dahulu kerajaan sentiasa menjaga kebajikan Orang Asli di Johor dengan melaksanakan pelbagai projek pembangunan, selain memberikan bantuan bagi menaiktaraf kehidupan mereka.

“Kerajaan (negeri) juga menyediakan kawasan penempatan Orang Asli lebih tersusun dengan kemudahan bekalan air, elektrik dan kemudahan awam yang memberi keselesaan kepada mereka.

“Namun begitu, saya merasa kecewa apabila ada segelintir Orang Asli yang membuka kawasan hutan simpan kerajaan untuk dijadikan ladang getah dan kelapa sawit secara besar-besaran,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor hari ini.

Kenyataan titah itu turut dimuat naik di Facebook baginda.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim bertitah, baginda percaya terdapat orang luar yang menjadi dalang dalam hal itu dan cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan hak Orang Asli sebagai alasan.

“Malah, ada juga yang cuba menuntut ‘kawasan rayau’ yang tidak masuk akal.

“Kalau hendak diikutkan, awak semua di dalam Dewan ini pun banyak tempat merayau,” titah baginda.

Justeru, Sultan Ibrahim bertitah, kerajaan negeri mesti tegas dalam mengambil tindakan dan membuat pemantauan secara berterusan.

Titahnya, tindakan dan pemantauan itu adalah bagi memastikan khazanah hutan dijaga dan melindungi hidupan liar.

Malah, baginda menegaskan supaya kerajaan negeri meletakkan semua kawasan penempatan dan rizab Orang Asli di bawah ‘Sultanate Land’.

“(Ia) supaya tidak ada mana-mana pihak yang boleh berbuat sesuka hati.

“Jangan sampai ‘pisang berbuah dua kali’ mengulangi kesilapan dahulu seperti kes Orang Asli di Bekok,” titah baginda. - Getaran, 16 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad