web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelaran Pembangkang Kurang Sesuai, Mereka Bukan Hanya Membangkang Cadangan Kerajaan Tetapi…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 4:24PM

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengaminkan bacaan doa pada Pembukaan Penggal Persidangan Kedua DUN ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah baginda berpendapat gelaran pembangkang yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukan di pihak kerajaan kurang sesuai, memandangkan peranan mereka bukan sekadar membangkang segala cadangan kerajaan.

Baginda bertitah, mereka turut bertanggungjawab menjadi pengimbang dan pemeriksa terhadap tindakan kerajaan supaya tidak bertindak sesuka hati.

“Namun begitu, janganlah pula ada sikap membalas dendam atau suka mencari kesalahan kerajaan sahaja.

“Saya juga tiada masalah dengan pihak pengimbang kerajaan, malah mereka juga boleh menghadap saya serta memberikan pendapat atau idea,” titah baginda menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim turut berharap keadaan politik yang stabil di Johor terus dikekalkan serta semua pihak bekerjasama demi rakyat dan negeri itu.

“Selepas genap setahun ADUN Johor dipilih, saya berpuas hati dengan tingkah laku dan peranan dijalankan oleh mereka.

“Tetapi selepas ini, janganlah dibawa semula perangai lama yang jelek dan tidak senonoh, supaya saya tidak perlu sebut lagi jangan jadikan Dewan ini seperti apa…,” titah baginda.

Sultan Johor bertitah demikian pada titah Pembukaan Penggal Persidangan Kedua DUN Johor Yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

Baginda turut memaklumkan berpuas hati dengan prestasi kerja Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan barisan exco kerajaan negeri itu.

Onn Hafiz Ghazi
Onn Hafiz Ghazi

“Walaupun ada yang kurang pengalaman, namun mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan kebolehan mereka.

“Jika tidak faham tentang sesuatu perkara, mereka boleh datang dan tanya saya, malah Pegawai Tadbir Negeri juga ada untuk membantu melicinkan segala tugas serta menyelaras program yang hendak dilaksanakan,” titah baginda.

Sementara itu, Sultan Ibrahim bertitah berharap kerajaan pusat akan memberikan peruntukan khas bagi membaik pulih infrastruktur awam yang rosak serta harta benda musnah dalam bencana banjir di negeri berkenaan, baru-baru ini.

Baginda bertitah menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan pusat di atas peruntukan kewangan diluluskan sebelum ini bagi meringankan beban mangsa banjir, selain meluluskan projek tebatan banjir di Kota Tinggi, Segamat serta Batu Pahat yang akan dilaksanakan segera.

Sultan Ibrahim bertitah berharap kerajaan pusat akan memberikan peruntukan khas bagi membaik pulih infrastruktur awam yang rosak serta harta benda musnah dalam bencana banjir di negeri berkenaan, baru-baru ini.
Sultan Ibrahim bertitah berharap kerajaan pusat akan memberikan peruntukan khas bagi membaik pulih infrastruktur awam yang rosak serta harta benda musnah dalam bencana banjir di negeri berkenaan, baru-baru ini.

“Dua minggu lalu, Johor ditimpa banjir besar dan sehingga hari ini, masih terdapat banyak kawasan belum pulih sepenuhnya terutama di Batu Pahat. Saya ingin menzahirkan rasa sedih dan simpati terhadap rakyat yang terpaksa berhadapan musibah ini.

“Secara keseluruhan, bencana kali ini merekodkan seramai 74,453 mangsa daripada 26,376 keluarga, melibatkan sebanyak 379 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Selepas bencana ini berakhir, saya berharap kerajaan pusat akan memberikan peruntukan khas bagi tujuan membaikpulih infrastruktur awam dan harta benda yang rosak dalam bencana kali ini,” titah baginda.

Pada masa sama, baginda menyeru orang ramai supaya menghulurkan sumbangan serta bantuan kepada mangsa banjir agar mereka dapat membaiki rumah rosak dan menggantikan perabot serta peralatan yang musnah. – Getaran, 16 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini