web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lapor Polis Jika Bukan Kamu! Ka Siong Ada Bukti ‘Deepak’ Hubunginya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 12:50PM

Wee Ka Siong - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempertahankan dakwaannya bahawa seseorang individu bernama ‘Deepak’ telah menghubungi beliau berhubung isu bekalan telur import dari India.

Menurut beliau, jika menggunakan aplikasi TrueCaller, hasil carian berdasarkan nombor tersebut dimiliki oleh seorang individu bernama “Deepak J Tekwani”.

Bagaimanapun semalam, Deepak menafikan beliau adalah individu yang didakwa mengeluarkan ugutan terhadap Ka Siong berhubung isu terbabit yang dibangkitkannya di Dewan Rakyat pada hari sama.

Susulan itu, Ka Siong yang juga Presiden MCA menggesa Deepak Jaikishan untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya jika beliau tidak membuat panggilan tersebut.

“Sekiranya Deepak Jaikishan merasakan ada orang yang menyamar beliau atas nama “Deepak” membuat panggilan kepada saya pada 13 Mac 2023, jam 9.51 pagi, saya menyeru agar Deepak Jaikishan membuat laporan polis bagi membersihkan namanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegas Ka Siong, beliau bersedia memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mendedahkan semua bukti yang ada berhubung panggilan telefon berbaur ugutan yang diterimanya.

Malah katanya, beliau menyerahkan kepada PDRM untuk menyiasat perkara itu termasuk mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta syarikat telco untuk mencari identiti pemanggil menggunakan nama ‘Deepak’.

“Jika menggunakan aplikasi TrueCaller, hasil carian berdasarkan nombor tersebut dimiliki oleh seorang individu bernama “Deepak J Tekwani”. Biar PDRM siasat perkara ini sehingga ke lubang cacing!” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan tidak akan gentar dengan ugutan tersebut dan akan terus membawa suara orang ramai di Dewan Rakyat.

“Lagi sekali saya tegaskan, saya akan terus menjadi jurucakap rakyat tanpa gentar dengan apa jua ugutan,” katanya.

Semalam, Ka Siong mendakwa menerima ugutan berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat membabitkan isu import bekalan.

Beliau mendakwa menerima panggilan daripada individu memperkenalkan diri sebagai 'Deepak' dan mewakili syarikat J&E Advance Tech, pagi kelmarin.

Ka Siong berkata, pemanggil lelaki itu mendakwa sudah berbincang dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk bekas Menteri Pengangkutan itu memperbetulkan kenyataan dan menyelesaikannya di luar mahkamah.

Pada hari sama, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, memberi jaminan bahawa apa-apa ucapan dibuat oleh Ahli Parlimen dalam mesyuarat Majlis Parlimen terlindung di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Jaminan itu diberi selepas Ka Siong dikatakan diancam tindakan saman daripada pengimport telur dari India susulan ucapannya dalam Dewan Rakyat, penghujung Februari lalu.

Pada 28 Februari lalu, media melaporkan Ka Siong mendedahkan beliau menerima surat saman daripada pengimport telur dari India susulan kenyataannya berkaitan langkah kerajaan mengimport telur dari India. – Getaran, 16 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar