web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AGC Tolak Representasi Ketiga Yasin Kaji Tuduhan Kes Dadah, Akan Fail Kali Keempat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 4:15PM

Yasin mengarahkan peguamnya untuk memasukkan representasi keempat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman akan memfailkan representasi keempat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat, bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.

Peguam Ariff Azami Hussein mewakili Muhammad Yasin memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Nik Nasimah Nik Mohammad bahawa pihaknya akan memfailkan representasi baharu itu susulan representasi ketiga mereka ditolak pada 13 Mac lepas.

“Pada 1 Mac lepas, kami ada memfailkan representasi ketiga dan representasi berkenaan ditolak oleh AGC. Pihak kami telah mendapat arahan daripada anak guam (Muhammad Yasin) untuk memasukkan representasi keempat. Kami telah memaklumkan kepada pendakwaan mengenai perkara ini semalam dan pendakwaan tidak membantah permohonan ini.

“Pasukan pembelaan tiada niat untuk melengah-lengahkan prosiding mahkamah dengan memfailkan representasi, sebaliknya yakin pertuduhan terhadap Muhammad Yasin dapat diselesaikan tanpa melalui perbicaraan. Kami juga mohon supaya perbicaraan hari ini dan esok dilapangkan sementara representasi keempat dipertimbangkan,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah mengesahkan pihak pendakwaan tidak membantah terhadap permohonan representasi keempat itu.

Mahkamah menetapkan 31 Mei serta 1 dan 2 Jun ini untuk perbicaraan kes berkenaan.

Penyanyi lagu ‘Mimpi Laila’ itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis ‘11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11.05 malam, 24 Mac tahun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya  (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, tarikh yang sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 6 Akta ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan dan Seksyen 6B (1) (a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Muhammad Yasin ketika ditemui pemberita berkata beliau menghidap penyakit tiroid ketika berada di penjara sejak November lepas namun penyanyi itu bersyukur kerana pihak penjara menyediakan ubat bagi merawat penyakitnya.

“Saya tidak mahu orang membuat andaian pihak penjara tidak memberi saya makan. Makanan melimpah-ruah di penjara,” katanya dan menambah berat badannya turun daripada 66 ke 48 kilogram. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar