web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rang Undang-Undang Warga Emas Ambil Kira Tindakan Terhadap Anak Tidak Bertanggungjawab

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 1:06PM

Rang Undang-Undang Warga Emas yang akan dibentangkan tahun depan bertujuan melindungi warga emas di Malaysia dan sebagai persediaan negara menghadapi status negara tua pada 2030. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Warga Emas dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, antara lain mengambil kira tindakan undang-undang terhadap anak yang tidak bertanggungjawab kepada ibu bapa mereka.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata penggubalan rang undang-undang itu bertujuan melindungi warga emas di Malaysia dan sebagai persediaan negara menghadapi status negara tua pada 2030.

Beliau berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menjalankan satu kajian kandungan, pendekatan dan skop bagi pewujudan akta berkenaan.

“KPWKM akan teliti kesesuaian undang-undang terhadap anak-anak yang tidak bertanggungjawab kepada ibu bapa dalam akta tersebut bagi memastikan kesedaran masyarakat umum tentang kepentingan menjaga warga emas,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

 Mohd Sany Hamzan
Mohd Sany Hamzan

Beliau menjawab soalan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) mengenai sama ada kerajaan berhasrat memperkenal undang-undang mewajibkan potongan gaji anak yang menghantar ibu bapa ke pusat jagaan di negara ini.

Menjelas lanjut, Aiman Athirah berkata antara kandungan rang undang-undang tersebut ialah melindungi kebajikan dan hak asasi warga emas, memperkasa warga emas dan ahli keluarga serta komuniti, mewujudkan sistem sokongan yang kuat terhadap warga emas serta sistem sokongan kukuh buat penjaga.  

Dalam pada itu, beliau berkata KPWKM telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memelihara kebajikan warga emas di negara ini antaranya mewujudkan perkhidmatan institusi Rumah Seri Kenangan (RSK) dan Rumah Ehsan (RE) khusus bagi warga emas yang memerlukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad