web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JAWI Diarah Siasat Perarakan LGBT, Tidak Berkompromi Perbuatan Bertentangan Ajaran Islam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 6:04PM

Mohd Na’im Mokhtar - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan menyiasat satu perarakan dipercayai ada kaitan dengan pesta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan dan maklum balas orang ramai berkaitan perkara itu dan JAWI akan bekerjasama dengan polis untuk menjalankan siasatan.

Tegas beliau, selaku pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan, JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang dikuatkuasakan.

“Saya ingin menasihatkan semua pihak agar akur dan menghormati kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan nilai Islam dan fitrah insan adalah tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, polis mengesan seramai 150 individu terbabit dalam perhimpunan serta perarakan di hadapan Kompleks Sogo ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya berjaya mendapat maklumat berkaitan perhimpunan terbabit sekitar pukul 10 pagi.

“Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, kita dapati seramai lebih kurang 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik.

“Mereka menyertai perhimpunan tersebut sambil memegang plakad di antaranya ‘Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride, Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body’ dan lain-lain lagi,” katanya.

Menurut beliau, kesemua individu yang sedang dikenal pasti akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Kesalahan Kecil 1955.

Semalam, perarakan yang diadakan sempena Hari Wanita itu turut menjadi tumpuan blok pembangkang di Dewan Rakyat yang mempersoalkan sepanduk serta bendera berunsur LGBT.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya berkata, kumpulan LGBT telah mengadakan perhimpunan haram untuk memperjuangkan hak mereka.  

Katanya, kumpulan terbabit juga bergerak dengan jarum yang cukup halus dan sedang cuba menyerap masuk dalam masyarakat dengan membunuh rasa sensitiviti terhadap kesongsangan tersebut.  

Baru-baru ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memuji pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengiktiraf LGBT serta konsep negara sekular.

Titah baginda, jaminan itu bertepatan waktunya untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan serius memelihara prinsip Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. - Getaran, 14 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Kongsi Gambar Dan Video, Jaga Perasaan Keluarga Mangsa Nahas - Menteri

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Agensi Agama Islam Perlu Kreatif Anjur Aktiviti Ibadah Bulan Ramadan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Cadangan Pindaan RUU 355 Akan Dibentang Di Parlimen - Mohd Na’im

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan