Berita Terkini

1 jam yang lalu: Malaysia destinasi mesra Muslim terbaik OIC 1 jam yang lalu: Bali keluar panduan etika untuk pelancong 1 jam yang lalu: Bursa Malaysia akan ditutup pada 5 Jun sempena cuti umum Hari Keputeraan Agong 1 jam yang lalu: Dua remaja ditemukan lemas di Sungai Pahang 1 jam yang lalu: Zambry mulakan lawatan kerja ke Perancis dengan bertemu rakan sejawatan Catherine Colonna

IKUTI KAMI


Agensi Agama Islam Perlu Kreatif Anjur Aktiviti Ibadah Bulan Ramadan

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 7:00AM

Mohd Na’im Mokhtar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Semua agensi agama Islam di seluruh negara perlu lebih kreatif dalam menganjurkan aktiviti ibadah, bagi menarik lebih penyertaan umat Islam untuk mengimarahkan bulan Ramadan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan 2023/1444H di sini malam tadi, beliau berkata usaha seumpama itu bukan sahaja dapat menyuntik semangat kepada umat Islam untuk menggandakan amalan, malah mengeratkan ukhuwah masyarakat Malaysia MADANI.

“Kita harap agensi-agensi ini fikirkan penganjuran program yang lebih kreatif.

“Curahkanlah segala tenaga, masa dan wang ringgit dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan kita beroleh ganjaran yang dijanjikan Allah SWT di akhirat kelak,” katanya.

Mohd Na’im berkata pengisian program dan aktiviti sepanjang bulan Ramadan juga dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial.

Beliau berharap segala program yang telah dirancang akan menyuntik semangat dalam kalangan umat Islam untuk menggandakan amalan sepanjang bulan Ramadan.

“Bulan Ramadan ini bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, tetapi umat Islam perlu lihat Ramadan sebagai suatu bulan untuk mereka manfaatkan untuk gandakan amalan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Tatakelola Baik Kerajaan Perpaduan Berjaya Tarik Pelabur Luar, Tingkat Hasil Negara - Anwar

2

Semasa 2 minggu yang lalu

19 Parti Dalam Kerajaan Perpaduan Perlu Segerakan Keserasian - Ahmad Zahid

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Jadi Pemangkin Aspirasi Malaysia MADANI Demi Rakyat

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Individu Diminta Muhasabah Diri, ‘Setiap Kebaikan, Keburukan Akan Kembali Kepada Kita Sendiri’

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Sam Rainsy Datang Ke Malaysia, Tapi Sudah Diusir Keluar - Khmer Times

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Yayasan Perlu Tingkat Keupayaan Dana Melalui Pelaburan, Perniagaan - PM

Politik 1 hari yang lalu

Tanding PRN Pulau Pinang? Ini Respons Nurul Izzah

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Pembantu Jho Low Meninggal Dunia Akibat Serangan Strok Mengejut - Peguam

oleh Wartawan Getaran