web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suspek Serang Kamal Adli Didakwa Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 9:50AM

Senjata yang digunakan penyerang untuk mencederakan Kamal Adli. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lelaki yang menyerang aktor Malaysia, Kamal Adli dua hari lalu akan didakwa di mahkamah Singapura hari ini.

Media yang memetik kenyataan Polis Singapura (SPF) melaporkan, suspek berusia 33 tahun itu akan didakwa atas kesalahan mendatangkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.

Jurucakap SPF dipetik sebagai berkata, suspek akan didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau rotan atau mana-mana kombinasi antaranya jika sabit kesalahan.

Media Malaysia sebelum ini melaporkan, Kamal Adli yang juga suami kepada aktres Uqasha Senrose cedera parah apabila diserang menggunakan cota oleh seorang lelaki.

Kejadian dipercayai bermotifkan cemburu itu berlaku pada jam 9.19 malam Ahad lalu, sewaktu pasangan suami isteri tersebut berada di gerai mereka di Ekspo Singapura di sini.

Susulan serangan, Kamal terpaksa menjalani pembedahan kerana kecederaan parah pada bahagian kepala yang dialaminya.

Beberapa jam selepas kejadian, Uqasha yang memaklumkan perkembangan terkini suaminya menerusi penstriman langsung di Instagram turut meminta kerjasama orang ramai agar tidak ‘menyalahkan’ rakyat Singapura.

“Kes ini tiada kena mengena dengan rakyat Singapura, jangan salahkan seorang manusia tapi satu negara kena, jangan begitu. Malang itu tidak berbau, ia boleh jadi dekat mana-mana,” katanya. -  Getaran, 14 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Zamri Vinoth, Arun Dorasamy Didakwa Esok

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Masak Di Stesen Minyak: 4 Didakwa Esok, Tiada Anak VIP

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemuka Dokumen Palsu Tuntutan PENJANA, Pemilik Syarikat Dan Pekerja Didakwa

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi