web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cuti Umum Sempena Kemenangan Michelle Yeoh Palsu - JPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 7:00AM

Michelle Yeoh - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu berita palsu yang menggunakan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikesan tular di media sosial.

Jurucakap Jabatan Perdana Menteri berkata, berita berkenaan memetik Anwar kononnya berkata, kerajaan mengisytiharkan Rabu (esok) sebagai cuti umum susulan kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar, semalam.

“Jabatan Perdana Menteri (JPM) ingin merujuk kepada tangkap layar berita yang tular di media sosial bertajuk ‘?? ????? ???????? ?????? ??????? ?? ?????????: ‘???? ?? ??? ????? ?? ? ??????!’

“Untuk makluman, berita tersebut adalah ?????,” katanya.

Menurut beliau, orang ramai diminta jangan menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya atau palsu.

“Tidak pasti, jangan kongsi. Sila rujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM untuk berita sahih melalui pautan https://www.facebook.com/Jab.PerdanaMenteri/.

“Orang ramai juga boleh melayari hebahan rasmi di https://twitter.com/jpmgov_, https://www.instagram.com/jabatanperdanamenteri/ atau https://www.tiktok.com/@jpmgov,” katanya. -

Michelle, 60 merupakan pelakon Asia pertama yang berjaya menggondol anugerah perfileman paling berprestij itu, menerusi lakonannya sebagai heroin dalam filem sci-fi, Everything Everywhere All at Once.

Kemenangan tersebut bermakna anak kelahiran Ipoh itu muncul sebagai pelakon bukan kulit putih kedua yang berbuat demikian, selepas aktres Halle Berry pada 2001.

Beliau menewaskan barisan aktres handalan lain yang turut sama tercalon iaitu Cate Blanchett (Tár), Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans). - Getaran, 14 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Michelle Yeoh Terima Penghormatan Walk Of Fame

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 Palsu - JPA

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Denda Untuk Pemandu Kenderaan Awam Bawa Pekerja Asing Dakwaan Palsu - Ruslin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Kesan Mangsa Sindiket Darjah Kebesaran Palsu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad