web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Yang Berhormat, Kementerian YB Ada Berhutang Tiang Di Cameron Highlands'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 3:13PM

Teo Nie Ching - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor mengingatkan Timbalan Komunikasi dan Digital (KKD), Teo Nie Ching bahawa kementerian itu masih ‘berhutang’ beberapa tiang telekomunikasi di kawasan Parlimennya.

Malah Ramli yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands turut menggesa kementerian tersebut menyiapkan tiang telekomunikasi berkenaan dengan segera.

“Yang Berhormat (YB) menteri ada berhutang kawasan Cameron Highlands beberapa tiang (telekomunikasi). Siapkan cepat ya,” katanya ringkas.

Ramli Md Nor
Ramli Md Nor

Beliau berkata demikian selepas Nie Ching menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mengenai kualiti dan kos liputan 5G kepada pengguna serta sejauh mana liputan itu dapat dilaksanakan di beberapa kawasan termasuk Cameron Highlands.

Nie Ching yang tersenyum mendengar peringatan itu berkata, kementerian tersebut akan memberi jawapan bertulis kepada beliau mengenai perkara berkenaan.

“Kami akan sediakan jawapan bertulis untuk Timbalan Speaker. Tiada masalah,” katanya.

Pada masa sama, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, liputan capaian internet berkelajuan tinggi 5G kawasan berpenduduk seluruh negara kini sudah mencapai 54.7 peratus.

Namun katanya, kementerian itu komited untuk mencapai sasaran liputan 5G hingga 80 peratus di kawasan berpenduduk di seluruh negara menjelang hujung tahun ini dengan tawaran harga berpatutan.

“Setakat ini, national rollout (pelancaran nasional) sebanyak 54.7 peratus, tetapi di Pulau Pinang, lebih cepat sikit 56.6 peratus.

“Sasaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan KKD, kami komited boleh mencapai liputan 80 peratus untuk kawasan berpenduduk termasuk Cameron Highlands,” katanya.

Mengenai harga tawaran 5G, Nie Ching berkata, beliau percaya ia akan terus dikurangkan dengan pelaksanaan rangkaian yang diperluaskan.

Jelasnya lagi, kos pelaksanaan rangkaian itu juga kekal pada RM16.5 bilion.

“Kos kekal RM16.5 bilion, tiada apa-apa perubahan. Kita sedang melakukan sesi libat urus dengan syarikat telco untuk menentukan hala tuju 5G.

“Kita akan buat keputusan hujung bulan ini. Kita akan pastikan kos 5G akan kekal pada tahap rendah supaya pengguna dapat menikmati liputan ini pada harga munasabah,” katanya. – Getaran, 13 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad