web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Trem Tanpa Trek Di KLIA Dalam Tempoh Terdekat?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 11:47AM

Difahamkan, MAHB sedang mempertimbangkan untuk menggunakan trem tanpa trek untuk membawa pelancong di antara terminal utama dan bangunan satelit - Gambar Facebook KLIA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terdapat kemungkinan sistem transit aliran automatik (ART) tanpa trek akan membuat kemunculan pertama di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak lama lagi.

Difahamkan, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang mempertimbangkan untuk menggunakan trem tanpa trek untuk membawa pelancong di antara terminal utama dan bangunan satelit, berikutan penutupan aerotrain baru-baru ini.

Kereta api itu yang terkandas di tengah jalan pada petang 1 Mac lalu, mengakibatkan 114 penumpang turun dan berjalan 400 meter (m) di laluan tengah landasan ke bangunan satelit.

Kereta api kedua yang dihantar untuk membantu penumpang terbabit turut mengalami masalah teknikal dalam perjalanan ke lokasi.

Sejak kejadian minggu lalu itu, satu klip video tular di media sosial, menunjukkan ART dengan tag ‘kenderaan sedang menjalani ujian’ (kenderaan sedang menjalani ujian) bersebelahan kenderaan sedang melalui landasan KLIA.

Dalam tempoh 72 jam lalu, pemerhati pengangkutan membuat spekulasi bahawa kenderaan ART yang sudah menjalani ujian di pintu masuk antarabangsa utama negara sebelum cuti Tahun Baharu Cina, mungkin perlu menjalani ‘pengesahan konsep’ di lapangan terbang tahun ini.

The Vibes sudah meminta penjelasan daripada MAHB dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Difahamkan, kenderaan tiga gerabak hijau itu boleh menjadi satu daripada pilihan untuk menyokong perkhidmatan bas ulang-alik sedia ada, sementara menunggu usaha memperhalusi dan keputusan pengurusan MAHB dilakukan, sama ada aerotrain beroperasi sepenuhnya atau diganti menjelang 2025.

Pada September, MAHB mengumumkan bahawa aerotrain akan menjalani penggantian, dengan sembilan tren baharu bernilai kira-kira RM700 juta membabitkan dua fasa akan disiapkan menjelang Mac 2025.

“Fasa 1 sedang dijalankan membabitkan kerja reka bentuk sehingga suku kedua 2023, di mana penglibatan pelbagai pihak berkepentingan dijalankan bagi memastikan sistem aerotrain baharu itu memenuhi piawaian pengangkutan dan keselamatan tempatan serta antarabangsa,” kata Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood.

September lalu, MAHB mengumumkan bahawa aerotrain akan menjalani penggantian, dengan sembilan tren baharu bernilai kira-kira RM700 juta membabitkan dua fasa akan disiapkan menjelang Mac 2025 - Gambar Fail
September lalu, MAHB mengumumkan bahawa aerotrain akan menjalani penggantian, dengan sembilan tren baharu bernilai kira-kira RM700 juta membabitkan dua fasa akan disiapkan menjelang Mac 2025 - Gambar Fail

Ditanya sama ada MAHB akan menamatkan perkhidmatan tren sedia ada, Iskandar berkata, pihaknya tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian buat masa ini, memandangkan ia mesti melalui lembaga dan proses lain dengan pihak berkuasa.

Manakala, dalam perkembangan berkaitan, trem tanpa landasan itu kini menjalani konsep pembuktian Peringkat 1 di Zhuzhou, China sehingga pertengahan bulan ini, sebagai pelopor kepada Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) di Sarawak.

ART berkuasa hydrogen yang boleh mencapai kelajuan perjalanan sehingga 70 km/j dan mempunyai kapasiti untuk mengangkut maksimum 241 penumpang, dipilih sebagai tulang belakang untuk Fasa 1 projek KUTS.

Projek itu membabitkan laluan sepanjang 69.9 kilometer (km) yang terdiri daripada tiga laluan dan 31 stesen di Kuching, Samarahan dan Serian.

Trem tanpa landasan itu juga sedang dipertimbangkan sebagai kenderaan untuk projek Transit Laluan Bas Iskandar Malaysia di Johor dan pelan tindakan bandar rendah karbon Cyberjaya. – The Vibes, 13 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Tembak Di KLIA: 'Sila Serah Diri Secara Aman' - Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Puluhan Ribu Penumpang Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Mulai Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad