web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ajal Bersama, 2 Beradik Maut Nahas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 6:57AM

Mangsa Nurul Atikah Mohd Zuhair dan Nurul Hanani Mohd Zuhair, 29, berasal dari Kampung Gong Mengkeleh, Pasir Puteh, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Dua beradik maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di KM 37.5, Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu, lebih kurang pukul 7.10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata mangsa Nurul Atikah Mohd Zuhair, 23, dan Nurul Hanani Mohd Zuhair, 29, yang berasal dari Kampung Gong Mengkeleh, Pasir Puteh, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kemalangan berlaku ketika pemandu kereta Perodua Viva dalam perjalanan balik dari Gong Kulim ke Telosan, Pasir Puteh telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal yang dibawa mangsa Nurul Atikah dan pemboncengnya Nurul Hanani.

"Akibat daripada perlanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak dan melambung ke bahu jalan arah ke Kuala Terengganu dan maut di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan.

Zaizul Rizal berkata mayat dua beradik itu dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk proses bedah siasat manakala pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad