web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Johor Kembali Meningkat, 5 Sungai Lepasi Paras Bahaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 5:11PM

Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 39,944 orang; Muar  (1,476 mangsa) ; Tangkak (949) dan Segamat (337 orang)," menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan petang ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor meningkat kepada 42,706 orang manakala Melaka menurun, dan Pahang serta Sarawak tidak berubah setakat petang ini. 

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir kembali meningkat kepada  42,706 orang berbanding 42,638 yang direkodkan pada 8 pagi tadi, susulan peningkatan mangsa di daerah Batu Pahat dan Muar.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan seramai 12,047 keluarga masih ditempatkan di 152 PPS yang beroperasi di empat daerah yang terjejas akibat bencana itu. 

Menurut JPBN, Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 39,944 orang; Muar  (1,476 mangsa) ; Tangkak (949) dan Segamat (337 orang)," menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan petang ini.

Empat sungai di Batu Pahat masih melepasi aras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini berada pada paras 19.57meter (m); Sungai Senggarang di Senggarang dengan bacaan 3.59m; Sungai Simpang Kiri di Sri Medan (2.45m) dan Sungai Simpang Kiri di Parit Sulong ( 2.01m) serta Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar (3.91m). 

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di Jasin menurun kepada 166 mangsa daripada 36 keluarga pada 2 petang ini berbanding 238 daripada 55 keluarga pada 8 pagi tadi.

Sekretariat JPBN Melaka dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat membabitkan sembilan mangsa daripada satu keluarga.

“Sebanyak 100 mangsa daripada 23 keluarga ditempatkan di SK Parit Penghulu dan 57 mangsa daripada 12 keluarga di SK Batu Gajah manakala SK Sungai Rambai dan SK Parit Gantong masing-masing ditutup pada 9 pagi dan 11 pagi tadi,” menurut kenyataan itu.

Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir di daerah Rompin tidak berubah dengan 169 orang masih ditempatkan di dua PPS.

PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Aur menempatkan 62 mangsa daripada 24 keluarga manakala 107 mangsa daripada 35 keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan Leban Chondong. 

Di SARAWAK, menurut laporan Sekretariat JPBN Sarawak, jumlah mangsa banjir kekal seramai 91 mangsa daripada 18 keluarga melibatkan kawasan Kuching di PPS Dewan Sinaran Lumut dan PPS Dewan Kampung Sungai Bedaun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad