web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 43,000 Mangsa Banjir Masih Berada Di PPS Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 12:04PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat negeri adalah seramai 43,136 orang setakat pagi ini.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 42,638 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 42,770 orang yang direkodkan pada 8 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan seramai 12,049 keluarga masih ditempatkan di 155 PPS yang beroperasi di empat daerah yang terjejas akibat bencana itu.

Menurut JPBN, Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 39,870 orang, Muar dengan 1,457 mangsa; Tangkak (949 mangsa); dan Segamat pula dengan 362 orang.

Sebanyak empat sungai di Batu Pahat masih melepasi aras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini berada pada paras 19.57 meter (m); Sungai Senggarang di Senggarang dengan bacaan 3.59 m; Sungai Simpang Kiri di Sri Medan pula mencatatkan bacaan 2.43 m; dan Sungai Simpang Kiri di Parit Sulong 2.03 m; manakala Sungai Muar di Bukit Kepong (Muar) berada pada paras 3.96 m.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di Jasin menurun lagi kepada 238 orang daripada 55 keluarga pagi ini berbanding 259 orang daripada 61 keluarga pada 8 malam tadi.

Sekretariat JPBN Melaka dalam satu kenyataan hari ini melaporkan kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS antaranya di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat membabitkan sembilan mangsa daripada satu keluarga.

“Sebanyak 100 mangsa daripada 23 keluarga pula ditempatkan di SK Parit Penghulu, 19 mangsa daripada tujuh keluarga di SK Parit Gantong, 99 mangsa daripada 22 keluarga di SK Batu Gajah dan 11 mangsa daripada dua keluarga di SK Sungai Rambai,” menurut kenyataan itu.

Di PAHANG, aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir pagi ini tidak berubah dari malam tadi, iaitu 169 orang di dua PPS di Rompin.

PPS SK Kampung Aur menempatkan 62 mangsa daripada 24 keluarga manakala 107 mangsa daripada 35 keluarga berada di PPS SK Leban Chondong.

Di SARAWAK, sejumlah dua PPS dibuka melibatkan kawasan Kuching yang menempatkan 91 mangsa daripada 18 keluarga.

Menurut laporan Sekretariat JPBN Sarawak, dua PPS berkenaan ialah Dewan Sinaran Lumut dan Dewan Kampung Sungai Bedaun dengan masing-masing mula beroperasi pada 6 petang semalam dan 8 malam tadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar