web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhyiddin Tidak Akan Ajak Penyokong Ke Jalanan, ‘Cukuplah Titipan Doa’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 2:00PM

Muhyiddin Yassin - Gambar oleh Abd Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini berdepan enam pertuduhan di mahkamah, meminta penyokongnya bertenang dan memberi peluang kepada beliau membela diri melalui proses undang-undang.

Pengerusi Perikatan Nasional  (PN) itu menegaskan, beliau tidak akan mengajak mereka turun ke jalanan bagi menunjukkan sokongan dan mempertahankan dirinya.

Katanya, ia kerana kini zaman kegawatan ekonomi akibat COVID-19 yang menyaksikan rakyat mengalami kesusahan hidup, justeru beliau tidak mahu menambah bebanan itu.

“Kita semua mesti patuh kepada undang-undang dan pelihara keamanan negara.

“Apa yang saya harapkan hanyalah titipan doa daripada saudara dan saudari sekalian supaya saya diberikan keadilan serta kita semua dilindungi Allah,” katanya.

Muhyiddin pada sidang media di luar mahkamah.
Muhyiddin pada sidang media di luar mahkamah.

Muhyiddin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Muhyiddin, 75, yang memakai sut biru gelap, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Muhyiddin.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan tersebut dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Muhyiddin juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Muhyiddin diwakili peguam Datuk K Kumaraendran, Datuk Rosli Dahlan dan Datuk Takiyuddin Hassan.

Hakim Azura memerintahkan ikat jamin ditetapkan pada RM2 juta dengan dua penjamin dan pasport Muhyiddin diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sebahagian daripada penyokong Muhyiddin hadir di mahkamah pagi tadi.
Sebahagian daripada penyokong Muhyiddin hadir di mahkamah pagi tadi.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, beliau menerima pertuduhan ke atasnya itu dengan sabar.

Tegasnya, dalam dunia politik terdapat ramai musuh yang ingin menghancurkan diri, keluarga dan partinya.

Menurutnya, ia terutamanya apabila beliau berhadapan dengan musuh politik yang rakus.

Muhyiddin memberitahu beliau dan dan pasukan peguamnya akan berusaha serta berikhtiar mendapatkan keadilan di mahkamah.
Muhyiddin memberitahu beliau dan dan pasukan peguamnya akan berusaha serta berikhtiar mendapatkan keadilan di mahkamah.

“Bagi saya tidak mengapa. Ini jalan perjuangan yang saya pilih. Saya tidak memilih untuk bersekongkol atau tunduk dengan desakan mereka yang batil. Saya pilih untuk tegak berdiri di atas prinsip saya pegang. This is the price that I have to pay (ini harga yang perlu saya bayar).

“Saya yakin dengan kuasa Allah. Saya berdoa semoga Allah mengurniakan rahmah dan inayah-Nya ke atas saya, selain melindungi saya serta sahabat seperjuangan saya daripada fitnah jahat dan musibah buruk,” katanya.

Muhyiddin memberitahu, beliau dan dan pasukan peguamnya akan berusaha serta berikhtiar mendapatkan keadilan di mahkamah.

“Nasib saya akan saya serahkan kepada Allah dan hakim yang adil,” katanya. - Getaran, 10 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar