web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Di Landasan Tepat Dalam Peralihan Tenaga - Nik Nazmi 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 11:49AM

Nik Nazmi Nik Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Malaysia berada di landasan tepat dalam usaha peralihan tenaga ke arah tenaga boleh diperbaharui terutama dalam sektor kuasa, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata berdasarkan Indeks Peralihan Tenaga Forum Ekonomi Dunia (WEF), Malaysia berada pada kedudukan ke-39 dengan prestasi sistem dan kesediaan peralihan masing-masing pada 69 peratus dan 60 peratus.

“Indeks itu mengukur kesediaan negara untuk beralih kepada masa depan tenaga yang saksama, lestari dan mampu milik. Ini membuktikan bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat dalam peralihan tenaga,” katanya berucap pada majlis penghargaan Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2022 di sini malam tadi.

Menurut Nik Nazmi negara mampu dan perlu berusaha melakukan yang lebih baik memandangkan ia memberi kesan kepada generasi akan datang.

“Apabila kita membangun dan mengembangkan ekonomi kita, penggunaan tenaga kita juga berkembang bagi memenuhi pengeluaran dan permintaan yang lebih tinggi. Ini akan menjadi kelaziman dalam industri intensif tenaga seperti pembuatan, kerja industri dan kilang pemprosesan,” katanya.

Mengenai NEA 2022, Nik Nazmi berkata ia mengiktiraf pencapaian cemerlang dan amalan terbaik sektor awam dan swasta dalam memacu agenda tenaga lestari negara.

Beliau berkata NEA adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam mempromosikan kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan pemilik perniagaan dan bangunan mengadaptasi amalan tenaga lestari.

“NEA telah menjadi platform untuk mendidik, mempromosi dan menggalak penggunaan amalan tenaga lestari di pejabat, kilang, bangunan dan institusi kewangan dalam menyokong aspirasi iklim 2050 Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata majlis itu bagi menghargai 23 pemenang dan naib juara pelbagai kategori NEA 2022 yang diumum pada 13 Sept lepas.  

Katanya pemenang kemudiannya mewakili Malaysia di Anugerah Tenaga ASEAN (AEA) dengan 12 syarikat menerima anugerah dalam pelbagai kategori. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad