web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


15 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pergaduhan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 11:40AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis menahan 15 lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan berhampiran Taman Kelau Jaya, Raub, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Raub, Suptritendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata kesemua yang berusia lingkungan 15 hingga 50 tahun itu ditahan antara 3.15 hingga 4.15 petang di sekitar kawasan Sungai Ruan, Raub pada Rabu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian kira-kira 10.30 malam itu berpunca selepas seorang lelaki menegur sekumpulan individu yang memarahi beberapa budak lelaki di tempat kejadian sehingga menimbulkan pertengkaran mulut dan berakhir dengan pergaduhan.

"Terdapat individu yang turut cedera di bahagian muka dan badan dalam kejadian itu dan polis masih mengesan saki baki mereka yang dipercayai terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kesemuanya sedang direman hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. 

Mohd Shahril turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan menjaga kesejahteraan masyarakat.

Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub di talian 09-3552222. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja