web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhyiddin Mantan PM Kedua Didakwa Atas Pertuduhan Rasuah, Pengubahan Wang Haram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 7:11AM

Muhyiddin Yassin ketika tiba di ibu pejabat SPRM semalam. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendakwaan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, menyaksikan beliau mantan Perdana Menteri kedua dihadapkan untuk pertuduhan di mahkamah selepas Datuk Seri Najib Razak, mengikut peruntukan undang-undang yang sama.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 serta Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu akan berdepan beberapa pertuduhan pada jam 9 pagi ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi kenyataannya mengesahkan Muhyiddin ditahan pada jam 1 tengah hari semalam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

Beliau ditahan selepas hadir untuk memberi penjelasan berhubung proses siasatan kes salah guna dana kerajaan berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Muhyiddin kemudian dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas kira-kira sembilan jam memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu yang tiba ke ibu pejabat SPRM pada jam 11.15 pagi, dilihat keluar pada jam 8.15 malam, sebelum mengadakan sidang media.

Menerusi kenyataannya, Muhyiddin menegaskan beliau tidak bersalah dan pertuduhan dikenakan itu dibuat semata-mata untuk mencemar nama baiknya.

Ahli Parlimen Pagoh berkenaan berkata, pendakwaan terpilih ke atas dirinya itu adalah satu tindakan politik berniat jahat yang turut bermatlamat melumpuh dan menghancurkan BERSATU serta PN.

Tindakan SPRM memanggil Muhyiddin turut menerima bantahan Ahli Parlimen blok pembangkang yang mengecam siasatan lanjut dikenakan terhadapnya.

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan diambil terhadap Muhyiddin dan parti itu, tidak lebih daripada ‘penganiayaan politik’.

Desas-desus Muhyiddin didakwa tercetus sejak beberapa minggu lalu selepas mantan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dihadapkan ke mahkamah 21 Februari lalu.

Terdahulu, Bendahari Agung BERSATU, Datuk Salleh Bajuri pula ditahan SPRM pada 2 Februari, selepas diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberikan penjelasan berkenaan pembayaran dibuat parti kepada pembekal dan vendornya.

Akhir bulan lepas pula, SPRM membekukan beberapa akaun milik BERSATU, dipercayai ada kaitan dengan siasatan agensi itu terhadap dana kerajaan RM92.5 bilion yang didakwa diseleweng PN, ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19.

Pada 18 Februari lalu, Muhyiddin mengesahkan beliau dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai Jana Wibawa sebagai saksi dan bukannya suspek.

Bagaimanapun, sehari kemudian, SPRM mengesahkan beliau adalah antara suspek yang disiasat berhubung kes berkenaan dan siasatan ke atasnya masih diteruskan.

Jana Wibawa dilaksanakan ketika pandemik COVID-19 dan ia adalah kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada 1993.

Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika kerajaan ditadbir PN yang diterajui Muhyiddin.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak campur tangan dalam urusan SPRM yang membabitkan Muhyiddin.

Beliau berkata, tindakan SPRM memanggil pemimpin pembangkang itu untuk siasatan adalah di bawah bidang kuasa suruhanjaya berkenaan.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, pendakwaan kes SPRM membabitkan Jana Wibawa dan projek tebatan banjir adalah berdasarkan dokumen Kementerian Kewangan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata demikian bagi mengulas dakwaan pihak tertentu menyifatkan tindakan SPRM memanggil Muhyiddin bermotifkan politik. - Getaran, 10 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek