web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin Pembangkang Ditangkap Bukti Kerajaan Amal Politik Balas Dendam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 10:46PM

Razman Zakaria berkata, segala kezaliman dan menekan suara rakyat hanya akan meningkatkan suhu politik negara yang sememangnya sudah tidak menentu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan perpaduan mencipta pelbagai pendakwaan terpilih sehingga membawa kepada penahanan beberapa pemimpin pembangkang disifatkan sebagai senjata politik tidak bertamadun. 

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria mendakwa, adalah satu kesalahan apabila wujud perbuatan menekan pihak penguatkuasa agar menerima tuduhan, mencari serta mencipta sebarang kesalahan yang boleh mendorong ahli politik pembangkang dihadapkan ke mahkamah. 

Menurut beliau, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya bersifat matang dan menumpukan kepada usaha membangunkan negara.

"Tindakan ini bercanggah dengan kebebasan hak asasi manusia yang menjadi slogan Pakatan Harapan (PH) ketika pembangkang. 

"Hak asasi manusia kini hanya bersifat kebebasan yang melampaui teras dan prinsip Islam, namun tidak untuk suara kebenaran menegur kerajaan," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Razman berkata, suara yang rasis terhadap Melayu dan Islam seolah-olah dilindungi, sedangkan pihak yang lantang mengkritik kerajaan dipasung dan dipenjarakan. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol menjelaskan, segala kezaliman dan menekan suara rakyat hanya akan meningkatkan suhu politik negara yang sememangnya sudah tidak menentu.

"Fokus utama kerajaan harus diberikan kepada usaha menyemai perpaduan, meningkatkan ekonomi, membantu rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup serta memulihkan 3kejatuhan mata wang negara.

"Rakyat sedang memerhati situasi yang berlaku, begitu juga ahli Parlimen dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), masing-masing mempunyai aspirasi perjuangan politik bersama kebangkitan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Razman menegaskan, perubahan politik boleh berlaku pada bila-bila masa menerusi jalan demokrasi yang terbuka. 

Katanya, politik balas dendam tidak seharusnya dijadikan amalan untuk menebus kekecewaan lampau.

"Serahkan tugas penguatkuasaan kepada pihak sedia ada. Berikan mereka kebebasan seluasnya, bukan menyerahkan apa dikehendaki pemerintah untuk mereka mencari atau mencipta bukti terhadap musuh politik.

"PAS Perak akan terus memaksimumkan ruang demokrasi yang ada demi mendaulatkan Islam dan kestabilan politik untuk kesejahteraan rakyat," katanya. 

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada jam 11.15 pagi tadi, selepas dipanggil untuk merakamkan keterangan.

Ahli Parlimen Pagoh itu hadir bagi memberi keterangan berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM pada jam 8.20 malam tadi.

Pada masa sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu akan didakwa di mahkamah esok. - Getaran, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

2

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad