web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Tiba Di SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 12:10PM

Penyokong Muhyiddin berkumpul di luar perkarangan ibu pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada jam 11.15 pagi, hari ini.  

Beliau yang memakai baju kemeja putih dan sut hitam bertemu terlebih dahulu bersama penyokong yang hadir, sebelum masuk ke bangunan itu dengan diiringi beberapa kakitangan suruhanjaya berkenaan.

Muhyiddin hadir selepas menerima notis untuk diperintah menghadirkan diri ke ibu pejabat SPRM dan perkara itu disahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu di Facebook, semalam.

Terdahulu, spekulasi bertiup kencang sejak petang semalam, bahawa SPRM akan menahan seorang pemimpin tertinggi sebuah parti politik atas pertuduhan rasuah.

Difahamkan, pertuduhan dikenakan terhadap pemimpin parti itu yang dikatakan sebagai ‘VVIP’, berkaitan siasatan berterusan SPRM terhadap dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.

Desas-desus Muhyiddin akan didakwa tersebar sejak beberapa minggu lalu selepas mantan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan dihadapkan ke mahkamah, 21 Februari lalu.

Muhyiddin  diperintah menghadirkan diri ke ibu pejabat SPRM dan perkara itu disahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu di Facebook, semalam. - Gambar oleh Syeda Imran
Muhyiddin diperintah menghadirkan diri ke ibu pejabat SPRM dan perkara itu disahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu di Facebook, semalam. - Gambar oleh Syeda Imran

Bendahari Agung BERSATU, Datuk Salleh Bajuri turut ditahan SPRM pada 2 Februari lalu selepas diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberikan penjelasan berkenaan pembayaran dibuat parti kepada pembekal dan vendornya.

Akhir bulan lalu, SPRM membekukan beberapa akaun milik parti BERSATU dipercayai ada kaitan dengan siasatan agensi itu terhadap dana kerajaan RM92.5 bilion yang didakwa diseleweng PN, ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19.

Pada 18 Februari lalu, Muhyiddin mengesahkan beliau dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) sebagai saksi dan bukannya suspek.

Bagaimanapun, sehari kemudian, SPRM mengesahkan Ahli Parlimen Pagoh itu adalah antara suspek yang disiasat berhubung kes berkenaan dan siasatan ke atasnya masih diteruskan.

Program Jana Wibawa dilaksanakan ketika pandemik COVID-19 dan ia kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada 1993.

Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika kerajaan ditadbir PN yang diterajui Muhyiddin.- Getaran, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad