web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih 47,000 Mangsa Banjir Masih Berlindung Di PPS 3 Negeri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 11:29AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 47,000 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri, dengan Johor masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi setakat 8 pagi ini.

Di JOHOR, bilangan mangsa meningkat kepada 45,048 orang pagi ini berbanding 42,852 pada malam semalam, meskipun banjir mulai surut di beberapa daerah.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 35,099 orang dipindahkan, diikuti Muar dengan 4,094 mangsa dan Tangkak dengan 2,436 orang.

JPBN berkata keadaan banjir di beberapa daerah seperti Mersing, Kota Tinggi, Kluang dan Segamat pula makin surut.

Sebanyak 10 sungai masih melepasi paras bahaya antaranya Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (Batu Pahat) yang kini berada di paras 19.94 meter (m); Sungai Muar di Buloh Kasap (Segamat) di paras 9.30m dan Sungai Muar di Bukit Kepong (Muar) di paras 4.96m dan cuaca untuk seluruh daerah di negeri berkenaan hari ini dijangka cerah.

Di PAHANG, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir pada pagi ini kekal dengan 2,248 mangsa daripada 659 keluarga dan ditempatkan di 15 PPS sekitar Rompin.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan Sungai Keratong di Rompin masih melebihi paras bahaya pagi ini.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di Jasin turun kepada 523 mangsa daripada 141 keluarga pagi ini berbanding 557 mangsa daripada 149 keluarga malam tadi dan kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS.

Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah menempatkan seramai 193 mangsa, SK Parit Penghulu, (142), SK Seri Mendapat (32), SK Sungai Rambai (94) dan Sk Parit Gantong (62). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar