web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bursa Malaysia, LSEG Akan Lancar Platform Pelaporan Kemampanan Berpusat Bulan Depan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 12:51PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia akan bekerjasama dengan London Stock Exchange Group (LSEG) untuk melancarkan platform Pelaporan Kemampanan Berpusat pada bulan depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, platform itu akan membolehkan syarikat, sama ada syarikat senaraian awam mahupun perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak tersenarai, mengukur impak pelepasan karbon mereka. 

Ia juga akan membantu syarikat untuk mendedahkan data alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) biasa yang standard yang selari dengan standard global. 

“Platform ini berpotensi untuk menjadi pendaya utama menyokong usaha pembangunan mampan dan hijau Malaysia selain mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi bagi menggerakkan kita ke arah mencapai tahap negara berpendapatan tinggi,” katanya dalam ucap tama beliau pada program Invest Malaysia 2023, di sini, hari ini.

Anwar hadir pada program Invest Malaysia 2023, di sini, hari ini.
Anwar hadir pada program Invest Malaysia 2023, di sini, hari ini.

Anwar berkata Malaysia bukan sahaja menerima tetapi juga mempercepat peralihan dan transformasi industri dan pemain tempatan ke arah penerimagunaan ESG, malahan bagi PKS. 

Sebagai contoh, menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), beliau berkata perundingan dan libat urus dengan pemegang kepentingan tempatan dan antarabangsa sedang dijalankan untuk membangunkan rangka kerja ESG Nasional bagi sektor pembuatan menjelang 2024. 

"Malaysia memainkan peranan sebagai peneraju dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon, dengan membentuk platform bagi membantu syarikat mengukur, memantau dan memacu pengurangan karbon,” katanya. 

Menurutnya, dengan meningkatnya keperluan bagi syarikat untuk mengembangkan perniagaan mereka, Suruhanjaya Sekuriti (SC) bersama-sama dengan Bursa Malaysia akan memperkenalkan Rangka Kerja Pindah Pasaran LEAP bagi syarikat yang akan berpindah daripada Pasaran LEAP ke Pasaran ACE.  

Anwar berkata Bursa Malaysia akan bekerjasama dengan London Stock Exchange Group bulan depan untuk melancarkan platform pelaporan kemampanan berpusat.
Anwar berkata Bursa Malaysia akan bekerjasama dengan London Stock Exchange Group bulan depan untuk melancarkan platform pelaporan kemampanan berpusat.

Pada masa yang sama, katanya, Bursa Malaysia akan memperkenalkan Rangka Kerja Penasihat Diluluskan yang Diiktiraf baharu yang akan mengembangkan kumpulan penasihat bagi Pasaran ACE. 

"Dasar Pelaburan Baharu itu adalah rangka kerja dinamik bagi memastikan kita terus bersedia untuk berdepan perubahan dalam ekonomi global dan merangsang pelaburan dalam sektor pertumbuhan masa depan. Ia akan memandu, mempermudah dan membantu melaksanakan pembaharuan bagi mengukuhkan ekosistem pelaburan kita. 

"Kita terbuka kepada inovasi dalam peluang baharu: sebahagian daripadanya adalah melakukan semakan semula terhadap dasar Harta Intelektual (IP) bagi menangani isu-isu seperti ‘evergreening’ (ekosistem teknologi yang sentiasa berubah dan berkembang) atau ciri-ciri eksklusif pasaran yang wujud dalam sektor tertentu,” katanya. 

Anwar berkata, usaha juga sedang dibuat untuk menambah baik perkhidmatan nasihat kerajaan bagi syarikat dan usahawan tempatan dalam perancangan mereka untuk mencipta dan mengeksploitasikan IP. 

"Kita terbuka kepada insentif yang dinamik: ini termasuk insentif fiskal dan bukan fiskal pada asas yang lebih agnostik-sektor, bagi membolehkan kita tangkas mendepani keutamaan global dan teknologi yang berkembang pesat - termasuk projek yang wujud dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, ekonomi digital serta penyelidikan dan pembangunan yang merentasi seluruh sektor. 

"Kita terbuka dan (mahu) memenuhi keperluan syarikat dan pelabur dengan lebih baik lagi. Saya faham ada pihak-pihak yang bimbang berkenaan dengan pengumuman kerajaan untuk mengkaji Cukai Keuntungan Modal bagi saham tidak tersenarai pada kadar rendah,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan akan memastikan cukai itu hanya akan dimuktamadkan selepas libat urus  yang menyeluruh dengan pemegang kepentingan; tidak akan diperkenalkan ke atas saham tersenarai; dan penjualan saham tidak tersenarai bagi Tawaran Awam Permulaan juga tidak tertakluk kepada Cukai Keuntungan Modal. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad