web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penduduk Wilayah Persekutuan Paling Tinggi Alami Kemurungan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 12:36PM

Dr Zaliha Mustafa - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penduduk Wilayah Persekutuan adalah negeri yang paling ramai mengalami masalah kemurungan dan kebimbangan (anxiety) melampau disebabkan beberapa faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi. 

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata berdasarkan saringan yang dijalankan pada 2022, antara faktor lain yang menyumbang kepada masalah itu adalah tekanan daripada ibu bapa dan masalah perhubungan dengan rakan sebaya.

“Golongan B40 juga ramai di Wilayah (Persekutuan) dan kita menemui ramai yang miskin bandar di Wilayah. Selain itu masalah perhubungan serta tekanan contohnya daripada ibu bapa ... jadi stres anak-anak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu negeri paling tinggi menghadapi masalah mental dan kemurungan.

Mohd Sany Hamzan
Mohd Sany Hamzan

Sementara itu, Dr Zaliha berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah untuk mengatasi permasalahan kesihatan mental yang dialami oleh masyarakat khususnya bagi kumpulan sasar termasuk kanak-kanak remaja, golongan muda dan warga emas.

Menurutnya kebanyakan masalah kesihatan mental yang dihadapi golongan muda dipengaruhi oleh faktor sosial seperti masalah kewangan, masalah perhubungan, buli, tingkah laku berisiko, penyalahgunaan substans, rasa rendah diri dan jangkaan yang tinggi terhadap diri sendiri yang menyumbang kepada stres yang tinggi, keresahan dan kemurungan.

Bagi menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan golongan muda, Dr Zaliha berkata KKM telah melaksanakan inisiatif seperti perkhidmatan kesihatan mental di 1,161 klinik kesihatan, 58 hospital, 34 pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI), serta empat institusi mental meliputi aspek promosi, pencegahan, pengesanan awal dan rehabilitasi.

Selain itu, Program Minda Sihat Sekolah yang dilaksanakan secara kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan yang meliputi saringan dan intervensi menggunakan Modul Minda Sihat KPM dan Modul Kesihatan Mental Remaja KKM.

“Bagi meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan mental dalam kalangan warga emas, KKM telah menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan mental di klinik kesihatan bagi mengesan awal masalah seperti dementia,” katanya. 

Dr Zaliha menjawab soalan asal Mohd Sany yang ingin tahu langkah KKM dalam mengatasi masalah kesihatan mental yang dialami  golongan muda dan warga emas. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan