web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir 3 Negeri Menurun, Lebih 42,000 Masih Di PPS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 4:41PM

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun sedikit dengan 42,459 orang ditempatkan di 235 PPS setakat petang ini berbanding 42,909 orang pagi tadi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun sedikit dengan 42,459 orang ditempatkan di 235 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat petang ini berbanding 42,909 orang pagi tadi.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir terus menyusut kepada 39,315 orang di sembilan daerah setakat 2 petang tadi berbanding 39,620 orang pada 8 pagi tadi, berikutan ramai mangsa di beberapa daerah telah pulang ke rumah.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata meskipun cuaca semakin baik hampir di semua daerah, terdapat peningkatan mangsa dan pembukaan PPS baharu di Batu Pahat dan seramai 11,143 keluarga ditempatkan di 212 PPS seluruh negeri setakat ini.

“Daripada sembilan daerah, Batu Pahat yang paling terjejas dengan seramai 23,370 mangsa ditempatkan di 78 PPS; diikuti Muar dengan 4,106 orang (23 PPS) dan Segamat 3,620 orang (45 PPS),” kata jawatankuasa itu, dalam satu kenyataan, hari ini.

Angka korban akibat banjir kini enam orang termasuk kematian seorang warga emas akibat sakit tua di pusat pemindahan sementara di Yong Peng, tengah hari semalam.

Di PAHANG, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir pada tengah hari ini ialah seramai 2,538 orang, berkurangan daripada 2,684 orang yang direkodkan pagi tadi. 

Penurunan mangsa melibatkan daerah Rompin iaitu 2,525 orang di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 2,671 orang di 18 PPS pada pagi tadi, manakala mangsa di Maran kekal 13 orang di sebuah PPS. 

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di Jasin hanya bertambah seorang iaitu melibatkan seramai 606 mangsa daripada 162 keluarga setakat pukul 2 petang berbanding 605 mangsa daripada 161 keluarga pada 8 pagi tadi.

Sekretariat JPBN Melaka dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS iaitu di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah melibatkan 211 mangsa daripada 56 keluarga; SK Parit Penghulu sebanyak 146 orang daripada 35 keluarga; SK Seri Mendapat sebanyak 88 orang daripada 22 keluarga dan SK Sungai Rambai seramai 99 orang daripada 25 keluarga.

 “Sementara di SK Parit Gantong, mangsa yang ditempatkan di PPS itu melibatkan sebanyak 62 orang daripada 24 keluarga,” menurut kenyataan itu di sini, hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar