web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Darurat Banjir Antara Dibangkitkan Di Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 9:39AM

Isu mengenai darurat banjir khususnya di Johor merupakan antara perkara yang bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persoalan mengapa kerajaan masih tidak melaksanakan darurat banjir khususnya di Johor berikutan situasi buruk yang berlaku akibat bencana itu, bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu akan dibangkitkan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).

Shahidan Kassim
Shahidan Kassim

Pada sesi itu juga, Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) meminta Perdana Menteri menyatakan implikasi kepada ekonomi negara dengan komitmen pelaburan oleh Amazon Web Services bernilai RM25.5 bilion menjelang 2037. 

Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) pula bertanyakan mengenai persediaan kerajaan dalam memastikan komuniti perniagaan dan swasta di Sabah dan Sarawak mendapat manfaat melalui jalinan kerajaan dengan kerajaan (G2G) serta perniagaan kepada perniagaan (B2B) susulan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

Pada sesi jawab lisan, Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) meminta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan status pencapaian internet berkelajuan tinggi di Sabah yang sepatutnya telah beralih kepada teknologi 5G.

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

Selain itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) pula ingin tahu langkah kerajaan untuk mewujudkan sistem ‘ombudsman’ bagi menangani masalah salah laku dalam kalangan ahli politik dan penjawat awam termasuk pihak berkuasa.

Selesai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan perbahasan hari terakhir Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar.

Persidangan kali ini berlangsung selama 31 hari sehingga 4 April. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad