web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan Penuh Terhadap Filem Mentega Terbang Sedang Dijalankan, Selari Akta FINAS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 2:18PM

Dr Md Nasir Ibrahim berkata siasatan yang dijalankan ke atas filem Mentega Terbang adalah selari dengan Akta FINAS terutama kepada perkara yang melibatkan peraturan pengeluaran dan pemameran filem. - Gambar dari Instagram Mentega Terbang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memandang serius isi kandungan filem Mentega Terbang yang didakwa menghina Islam dan sudah mengarahkan siasatan penuh dilaksanakan terhadap penerbitan filem berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim berkata, proses siasatan yang sedang dijalankan adalah selari dengan Akta FINAS terutama kepada perkara yang melibatkan peraturan pengeluaran dan pemameran filem.

Bagaimanapun, katanya, siasatan tersebut tidak menjurus kepada kandungan filem kerana mana-mana filem yang tidak disiarkan di panggung wayang tidak tertakluk di bawah bidang kuasa FINAS.

Dr Md Nasir Ibrahim - Gambar fail
Dr Md Nasir Ibrahim - Gambar fail

“Beberapa dakwaan dan laporan polis telah dibuat ekoran dakwaan isi kandungan filem ini yang dikatakan telah menghina agama Islam dan berbaur hasutan secara terbuka.

“FINAS tidak akan berkompromi jika terdapat sebarang pelanggaran dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Md Nasir turut menasihatkan semua penggiat industri agar lebih berhati-hati dalam menghasilkan sesuatu karya kreatif dan mematuhi segala garis panduan dan undang-undang yang dikuatkuasakan.

Malah katanya, pengiat industri juga seharusnya cakna kepada sensitiviti rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai latar belakang agama, bangsa dan budaya.

Terdahulu, filem Mentega Terbang yang ditayangkan menerusi Viu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa mencabar akidah umat Islam.

Malah, hasil penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mendapati, filem itu jelas bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik sebagai berkata, JAKIM akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini turut memaklumkan semakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) mendapati, filem itu tiada dalam rekod penapisan pihak terbabit.

Jurucakap KDN berkata, filem itu juga didapati ditayangkan secara dalam talian (melalui platform internet), justeru, katanya, tayangan atau penstriman filem berkenaan adalah di luar bidang kuasa LPF.

Katanya, LPF sedang meneliti semua aspek berkaitan secara menyeluruh sebelum tindakan selanjutnya diambil berhubung filem itu.

Mentega Terbang merupakan filem Indie pertama ditayangkan di platform Viu bermula 19 Januari lalu.

Ia mengisahkan seorang perempuan bernama Aisyah yang mencari jawapan apa akan terjadi kepada seseorang setelah meninggal dunia.

Bagi mendapatkan jawapan tersebut, dia mengkaji beberapa agama seperti Islam, Kristian, Judaism dan Hindu.

Filem itu sebelum ini pernah ditayangkan di Festival Filem Jogja-Netpac Indonesia pada 2021 serta Festival Filem Aceh, tahun lalu. - Getaran, 6 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan