Berita Terkini

17 minit yang lalu: MOF timbang peruntukan segera RM45.5 juta naik taraf CIQ KSAB atasi kesesakan 18 minit yang lalu: Jemaah Menteri setuju tubuh jawatankuasa tangani isu doktor kontrak 18 minit yang lalu: Agong, Permaisuri berkenan serah rumah asnaf MAIWP di Labuan 18 minit yang lalu: Gangguan Seksual: Sharon sedia beri sokongan emosi, kaunseling 18 minit yang lalu: Projek pembetungan Kuantan dijadual siap September

IKUTI KAMI


JPS Akan Segera Laksana Projek RTB Di Johor

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 9:17AM

Dr Md Nasir Md Noh berkata pihaknya bercadang untuk menggunakan kaedah reka dan bina dalam projek RTB yang dilaksanakan nanti kerana ia disifatkan antara kaedah yang lebih cepat dan berkesan - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan segera menjalankan projek rancangan tebatan banjir (RTB) terutama di Johor, selaras arahan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pengarah JPS Datuk Dr Md Nasir Md Noh berkata pihaknya bercadang untuk menggunakan kaedah reka dan bina dalam projek RTB yang dilaksanakan nanti kerana ia disifatkan antara kaedah yang lebih cepat dan berkesan.

“Memang sudah ada di dalam senarai (projek RTB terutama di Johor), tinggal lagi hendak direalisasikan kaedah bagaimana, sama ada kaedah konvensional atau reka dan bina.

“Apabila Perdana Menteri maklumkan hendak cepat, maksudnya kalau hendak cepat kita perlu guna kaedah reka dan bina,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Jamuan Makan Malam Institut Jurutera Malaysia (IEM) Terengganu 2023, di sini malam tadi.

Katanya selain di Johor, JPS juga sedang mengenal pasti lokasi di negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak yang perlu dijalankan projek RTB dengan segera bagi mengurangkan impak kejadian banjir.

Semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Tengah di Segamat semalam, Anwar memberi jaminan bahawa projek RTB terutamanya di Johor, akan disegerakan operasinya bermula Jun ini.

Katanya proses tender projek tebatan banjir berkenaan harus disegerakan dan perlu beroperasi cepat memandangkan isu banjir di Johor terutamanya, merupakan sesuatu isu yang berulang.

Dalam pada itu Md Nasir berkata JPS akan menempatkan antara 10 hingga 20 lagi pam bergerak di kawasan kritikal di Johor bagi mempercepatkan aliran air banjir, sebagai tambahan kepada sekitar 15 pam bergerak yang telah dipasang di beberapa kawasan di Batu Pahat, Pontian dan Tangkak.

“Kami memang siap sedia dengan pam bergerak ini di seluruh negara. Contohnya kami ada sediakan (beberapa pam bergerak) di Terengganu dan sekiranya Terengganu tidak banjir kami akan ambil dan hantar ke Johor,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya Md Nasir berkata JPS telah melaksanakan konsep pengurusan banjir lebih efektif dengan mengaplikasikan pendekatan penyelesaian berasaskan alam semula jadi (NBS) terhadap tiga projek di Terengganu iaitu RTB Kemasik di Kemaman, Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kemaman dan RTB Bukit Payong di Marang.

Katanya reka bentuk ketiga-tiga projek tersebut menggunakan kawasan dataran banjir semula jadi sebagai storan air banjir bagi melindungi kawasan bandar dan perkampungan.

“Dataran banjir dan rizab sungai berfungsi sebagai kawasan takungan serta laluan air apabila hujan lebat dan banjir besar berlaku. Oleh itu, amat penting untuk pihak kerajaan mewartakan dataran banjir dan rizab sungai supaya tidak dibangunkan untuk tujuan lain,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

187 Orang Dipindahkan Akibat Banjir Di Nabawan

2

Semasa 2 hari yang lalu

APMM Gagalkan Cubaan Bawa Masuk PATI Di Tanjung Bulat

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kerajaan Tegas Soal Pemberian Kontrak, Projek Selaras Prinsip Tata Kelola Baik - Anwar

4

Semasa 5 hari yang lalu

Banjir: 5,925 Tan Metrik Sisa Sampah Dikutip Di Johor Sehingga Kini

Sorotan

1

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

2

Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

3

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Rapid Rail Giat Usaha Atasi Gangguan Perkhidmatan Rel

Semasa 1 hari yang lalu

4 Beradik Maut Kebakaran Selamat Dikebumikan Di Muar

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Pekeliling Larang MB Kedah Hadir Acara Kerajaan Persekutuan - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Alu-Alukan Jawatan Tetap Tanpa Pencen Jika Diganti Dengan KWSP

oleh Susan Albert