web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir: Penjadualan Semula SPM 2022 Bagi 533 Calon Bermula 16 Mac

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 9:57PM

Fadhlina berkata KPM akan memberi tumpuan kepada reka bentuk sekolah yang hendak dibina dengan rekaan kalis bencana. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Penjadualan semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi 533 calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan itu akibat banjir akan bermula 16 Mac ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata ia melibatkan 450 calon di Johor, Pahang (79) dan Sarawak (empat) bagi kertas mata pelajaran Ekonomi, Sains, Fizik dan Sains Rumah Tangga yang berlangsung pada 1 dan 2 Mac lepas.

“Kita akan bermula pada 16 Mac, tetapi juga akan lihat dari semasa ke semasa khususnya persediaan logistik dan lain-lain yang terkait rapat.

“Kita berharap cuaca bertambah baik supaya tidak bertambah penjadualan semula dan kita boleh tumpu kepada yang terjejas tempoh hari sahaja,” katanya.

Fadhlina berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Massa #terimakasihcikgu peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Beliau berkata 17 sekolah di Johor dan dua di Pahang terjejas banjir setakat ini, dan beliau akan ke Johor esok untuk meninjau sekolah yang terkesan supaya bantuan sewajarnya dapat diberikan selain menziarah guru yang terlibat bencana itu.

Menurutnya Kementerian Pendidikan (KPM) juga akan memberi tumpuan kepada reka bentuk sekolah yang hendak dibina dengan rekaan kalis bencana, khususnya di lokasi kerap berdepan bencana seperti banjir.

Pada perkembangan lain, Fadhlina berkata KPM sedang melaksanakan beberapa tindakan bagi mengatasi masalah kekurangan guru khususnya di Sarawak sebelum sesi persekolahan baharu bermula pertengahan Mac ini.

Beliau berkata antaranya ialah soal penempatan guru yang sedang dilihat bersama antara Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Pada majlis itu, Fadhlina juga mengumumkan tema Hari Guru tahun ini iaitu ‘Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI’ yang akan disambut di Melaka. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad