web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 ADUN PN Di P Pinang Tetap Hadir Persidangan DUN Isnin Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 7:00PM

Afif berkata mereka sedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan, termasuk jika diminta meninggalkan bangunan DUN, sekiranya usul berkenaan diluluskan. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kesemua empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  pembangkang daripada Perikatan Nasional (PN) di Pulau Pinang, yang gagal menghalang usul pengosongan kerusi yang disandang, tetap akan hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin ini.

ADUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin berkata mereka sedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan, termasuk jika diminta meninggalkan bangunan DUN, sekiranya usul berkenaan diluluskan.

“Kami akan hadir bagi mempertahankan kedudukan kami ketika perbahasan usul itu, khususnya berkenaan kelompangan yang terdapat dalam Perkara 14A, Fasa 1 Perlembagaan Pulau Pinang. Akta itu tidak memberi kuasa kepada Speaker bagi membolehkan sesebuah kerusi dikosongkan, selain definisi tindakan melompat parti yang tidak jelas.

“Apa yang dilakukan kerajaan negeri ialah mereka mahu merampas mandat yang sudah ditentukan rakyat, menerusi usul mengosongkan kerusi DUN dan mereka sesuka hati mahu menentukan siapa yang sepatutnya berada di dewan (DUN), sedangkan yang memilih kami adalah rakyat (pengundi),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tiga lagi ADUN yang berkenaan ialah Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Mei 2018.

Sebelum ini, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dilaporkan berkata sidang DUN yang dijadual Isnin ini, akan membentangkan satu usul bagi tujuan pengosongan empat kerusi DUN berkenaan, berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kesahihan klausa dan perkara di dalam Perlembagaan negeri yang melarang wakil rakyat melompat parti.

Ia susulan keputusan panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lalu yang memutuskan peruntukan di bawah Enakmen Anti Lompat parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

4

Politik 2 tahun yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 54 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad