web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hujan Lebat: 3 Empangan Di Johor Buat Pelepasan Air

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 4:17PM

Pelepasan dibuat berikutan hujan lebat berterusan di kawasan tadahan air berkenaan yang melanda Johor sejak beberapa hari lalu. - Gambar dari Facebook Bernama Radio

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terpaksa membuat pelepasan air dari tiga empangannya di Johor bagi menjaga integriti dan keutuhan kawasan tadahan air berkenaan.

Kenyataan JPS memaklumkan, pelepasan tersebut membabitkan tiga empangan, iaitu Empangan Bekok dan Empangan Sembrong di Batu Pahat serta Empangan Machap, Kluang.

Menurutnya, pelepasan dibuat berikutan hujan lebat berterusan di kawasan tadahan air berkenaan yang melanda Johor sejak beberapa hari lalu.

“JPS sudah membuat pelepasan empangan mengikut tatacara SOP (prosedur operasi standard) operasi empangan.  

“Limpahan air empangan melalui struktur alur limpah akan berlaku apabila aras takungan empangan melepasi aras tertinggi. Limpahan air ini merupakan mekanisme direka bentuk untuk menjaga integriti dan keutuhan empangan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Jabatan itu berkata, ketika ini sebanyak 15 pam bergerak sedang beroperasi di kawasan kritikal di Batu Pahat, Pontian dan Tangkak.  

“Sebanyak 10 pam bergerak dengan kapasiti 10cusec lengkap dengan genset, sudah tersedia untuk dihantar ke Johor sebagai pam tambahan.  

“Operasi pam bergerak ini merupakan tambahan kepada sistem saliran dan pam sedia ada, bagi mempercepatkan aliran air banjir untuk mengurangkan kedalaman banjir,” katanya.

Justeru, JPS meminta orang awam untuk sentiasa bersiapsiaga serta mematuhi arahan dikeluarkan Pusat Kawalan Operasi Bencana di negeri dan daerah.

Berdasarkan infografik dikeluarkan JPS, pelepasan air di Empangan Bekok akan melalui Sungai Bekok menuju ke Sungai Simpang Kanan, sebelum mengalir ke Sungai Batu Pahat.

Pelepasan air di Empangan Sembrong pula akan mengalir ke Sungai Sembrong dan menuju ke Sungai Simpang Kanan, sebelum berakhir di Sungai Batu Pahat.

Manakala, pelepasan air di Empangan Machap akan melalui Sungai Machap dan terus menuju ke Sungai Benut. - Getaran, 4 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek