web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Filem Mentega Terbang Dihentikan Tayangan Di Viu - SKMM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 2:03PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan tayangan filem kontroversi, Mentega Terbang di platform penstriman, Viu sudah dihentikan pada 27 Februari lalu.

Menurut SKMM, walaupun tidak mempunyai kuasa menapis filem dan drama televisyen kerana berada di luar bidang kuasanya, suruhanjaya itu sudah menghubungi Viu sebelum mengesahkan penamatan filem berkenaan.

Pada masa sama, katanya, SKMM sentiasa komited bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memantau sebarang kandungan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

“Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 menyatakan bahawa penapisan filem atau drama di platform penstriman tidak terletak di bawah bidang kuasa SKMM.

“SKMM akan sentiasa bekerjasama dan memberi sokongan teknikal kepada jabatan agama negeri untuk menjalankan siasatan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, filem Mentega Terbang yang ditayangkan menerusi Viu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa mencabar akidah umat Islam.

Malah, hasil penelitian JAKIM mendapati, filem itu jelas bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, susulan itu, JAKIM akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada SKMM agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan semakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) mendapati, filem itu tiada dalam rekod penapisan pihak terbabit.

Jurucakap KDN berkata, filem itu juga didapati ditayangkan secara dalam talian (melalui platform internet).

Justeru, katanya, tayangan atau penstriman filem berkenaan adalah di luar bidang kuasa LPF.

Katanya, LPF sedang meneliti semua aspek berkaitan secara menyeluruh sebelum tindakan selanjutnya diambil berhubung filem itu.

Mentega Terbang merupakan filem Indie pertama ditayangkan di platform Viu bermula 19 Januari lalu.

Ia mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Aisyah yang mencari jawapan apa akan terjadi kepada seseorang setelah meninggal dunia.

Bagi mendapatkan jawapan tersebut, dia mengkaji beberapa agama seperti Islam, Kristian, Judaism dan Hindu.

Terdahulu, filem itu pernah ditayangkan di Festival Filem Jogja-Netpac Indonesia pada 2021 serta Festival Filem Aceh, tahun lalu. - Getaran, 4 Mac 2023

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

04 Mar 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad