web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih 40,000 Mangsa Banjir Di 6 Negeri Ditempatkan Di PPS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 11:34AM

Mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Muafakat MBPG Kampung Cahaya Baru, Masai selepas rumah mereka di Kampung Sentosa Damai dinaiki air 1 Mac lalu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di enam negeri yang terjejas banjir terus mencatatkan peningkatan membabitkan 40,922 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Selangor menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu.

Di JOHOR, keadaan banjir dilihat semakin memburuk dengan jumlah mangsa yang terjejas terus meningkat kepada 37,322 orang setakat 8 pagi ini berbanding 34,849 mangsa pada 8 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan ia susulan pertambahan 13 PPS menjadikan 238 PPS beroperasi di sembilan daerah setakat ini.

Segamat kekal menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 13,358 orang daripada 3,921 keluarga ditempatkan di PPS, diikuti Batu Pahat 7,368 orang daripada 2,136 keluarga; Kluang melibatkan 5,288 mangsa (1,534 keluarga) dan Kota Tinggi 3,292 orang (882 keluarga).

Turut terjejas, Muar dengan 3,330 orang (969 keluarga); Tangkak 2,661 orang (754 keluarga); Johor Bahru dengan 699 orang (226 keluarga); Mersing 964 orang (280 keluarga) dan Pontian 362 orang (91 keluarga).

Sebanyak 15 sungai di Segamat, Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang dan Kota Tinggi turut melepasi paras bahaya, termasuk Sungai Muar di Lubuk Kepong (Segamat) yang merekodkan bacaan 20.50 meter (m); Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (Batu Pahat) 20.18m dan Sungai Endau di Kampung Contoh (Kluang) 15.63m.

Di PAHANG jumlah mangsa yang dipindahkan terus meningkat dengan 2,317 orang yang ditempatkan di 22 PPS pagi ini berbanding 2,186 orang di 21 PPS pada malam tadi.

Daerah Rompin kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,905 orang diikuti Temerloh (254 orang), Pekan (106 orang), Bera (29 orang) dan Maran (13 orang).

Sementara itu, 10 orang ditempatkan di sebuah PPS di Jerantut yang dibuka malam semalam atas faktor keselamatan ekoran kenaikan air Sungai Tekam dan Sungai Siam. 

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir juga meningkat daripada 204 orang (50 keluarga) pada 8 malam tadi, kepada 379 mangsa daripada 97 keluarga pagi ini.

Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan satu lagi PPS dibuka di Jasin sekitar 11.30 malam semalam berikutan berlakunya peningkatan mangsa banjir menjadikan keseluruhan sebanyak enam PPS yang beroperasi di dua daerah tersebut.

SELANGOR yang menjadi negeri terbaharu terjejas bencana itu, menyaksikan 107 mangsa daripada 24 keluarga dipindahkan ke dua PPS di Sungai Buloh dan Kuala Selangor.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan dan Bencana Negeri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Selangor, PPS tersebut SK Merbau Sempak, Sungai Buloh dan Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Desa Coufield, Kuala Selangor.

Sementara itu, di NEGERI SEMBILAN, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 783 individu daripada 214 keluarga berbanding 867 individu daripada 235 keluarga di enam PPS setakat pagi ini.

Jumlah mangsa banjir di SARAWAK, juga kekal 14 orang daripada lima keluarga setakat pagi ini dan ditempatkan di PPS Komplek Sukan Julau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek